November 20, 2010

Hari Kecemerlangan Pasti As-Syakirin Kajang Utama Dan Teras Jernang

BBB, 5-6 Zulhijah = 12-13 November (Jumaat - Sabtu):

Pulang dari Sidang Dewan Negeri Selangor, Adun Bangi terus ke Bangunan PKNS, Dewan Cempaka, Tingkat 3, kerana menyertai Majlis Hari Kecemerlangan Pasti Al-Syakirin, Kajang Utama. Hadir bersama ialah Tuan Haji Abdul Razak Bin Mohd Latif selaku Pengurus Pasti, saudara Abu Bakar sebagai AJK, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.


Pasti di Kajang Utama ini mempunyai tiga kelas dengan murid-murid seramai 105 orang dengan 40 daripada mereka tahun enam yang bakal keluar menyambung pengajian persekolahan pada tahun hadapan. Majlis diisi dengan ucapan Pengurus Pasti yang melaporkan tentang perjalanan Pasti yang terus berkembang dan amat menggalakkan.

Adun Bangi mengucap terima kasih di atas jemputan dan melahirkan kesyukuran yang Pasti terus berkembang baik. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan, khususnya kepada guru-guru yang mendidik anak-anak mereka. Adun berharap murid-murid yang bakal keluar terus mencapai kecemerlangan dengan berakhlak dan syakhsiah yang baik. Majlis diseri dengan persembahan murid-murid.


Adun Bangi diberi penghormatan menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid-murid.

Sementara itu pada pagi Sabtu keesokan hari Adun Bangi juga menghadiri Majlis Kecemerlangan Pasti As-Syakirin Teras Jernang bertempat di Dewan Orang Ramai, Desa Sentosa. Pasti ini di bawah Pengurus saudara Roslan bin Yusof, Guru Besar Ustaz Bashir, Ketua Guru Cikgu Mahfuz dan Pengarah Program saudara Faizal Mahmud. Menurut Pengurus Pasti saudara Roslan Bin Yusof. Sambutan adalah bagi kali ke 11. Pasti menurutnya, tidak lain dari mendidik anak-anak dengan nilai Islam. Beliau berharap ibu bapa melengkapkannya di rumah dan meneruskannya selepas anak-anak, khususnya tahun 6 yang akan keluar dari Pasti. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan Hari Kecemerlangan Pasti.

Adun Bangi yang berucap ringkas, berterima kasih di atas jemputan dan sukacita sambutan yang sedemikian diadakan setiap tahun dan Adun dapat beserta dan menyaksikan hari kecemerlangan hampir setiap tahun. Tahniah kepada anak-anak cemerlang dan teruskan kecemerlangan pada masa hadapan, khususnya bagi murid-murid yang akan keluar dari Pasti menyambung pengajian pada peringkat persekolahan rendah. Majlis juga diserikan dengan persembahan murid-murid.


Adun Bangi berkesempatan menyampaikan sebahagian daripada Hadiah Kecemerlangan murid-murid.

Sekian.

No comments:

Post a Comment