November 9, 2010

Sidang Bentang Belanjawan 2011 Negeri Selangor

Shah Alam, 01 Zulkaedah = 08 November (Isnin):

Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini membentang Belanjawan 2011 disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim Menteri Besar Selangor. Belanjawan 2011 adalah sebanyak RM1,430,000,000 00. Sebanyak RM600,000,000 daripadanya adalah peruntukan perbelanjaan pembangunan, manakala selebihnya adalah perbelanjaan pengurusan.

Menurut Menteri Besar, jumlah peruntukan di atas dapat dibentangkan oleh kerana berlakunya pertumbuhan ekonomi yang baik selari dengan pemulihan ekonomi dunia. Sektor pembuatan menunjukkan peningkatan bagi suku kedua tahun 2010 dengan mencatatkan pertumbuhan 15.9%, manakala dalam sektor perkhidmatan yang menyumbang sebanyak 56.9% terhadap KDNK berkembang kepada 7.3% pada suku kedua 2010.

Antara peruntukan utama ialah peruntukan penyelenggaraan jalan raya 2011 yang berjumlah RM288,972.680.00. Peruntukan Perkhidmatan Jabatan Agama Islam dengan jumlah RM264,217,857.00, diikuti Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran dengan peruntukan RM109,930,443.00. Dikuti peruntukan pendidikan sebanyak 39.4 juta. Peruntukan yang lain di bawah jumlah ini, kecuali peruntukan Am/Luar jangka sebanyak RM123,357,248.00. Bagi mengawal perbelanjaan dan penggunaan secara baik empat strategi digunakan:

• Menguruskan sumber kerajaan negeri secara bijaksana.
• Memantau Pengurusan perbelanjaan yang cekap
• Mendorong pembangunan Modal Insan
• Melastarikan pembangunan negeri.

Melalui bajet yang dibentangkan akan ditingkatkan konsep Merakyatkan Ekonomi negeri Selangor, iaitu Tabung TAWAS, Bekalan Air Percuma, Hadiah Anak Dapat Masuk Universiti, Skim Mesra Warga Mas, Tabung Mesra Anak-Anak Pekerja Ladang. Terdapat skim-skim baru yang ditawarkan dan amat mendapat sambutan hangat di kalangan orang ramai seperti Skim Kredit Mikro, Peruntukan Bagi Pemulihan Wanita Yang Mengalami Kanser dan Takaful OKU.

Antara peruntukan yang diberi perhatian ialah pendidikan dalam mana kerajaan berhasrat menjadikan Selangor sebagai Hub Pendidikan, sesuai dengan negeri tersebut mempunyai

• 2 buah pengajian Tinggi , iaitu UNISEL dan Kuis.
• 87 Kolej Swasta
• 13 Kolej Universiti
• 4 buah Universiti Awam
• 17 universiti

Dengan wujudnya institusi pengajian tinggi hasrat menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan adalah sesuai. Sebagai negeri maju, maka peruntukan yang diberi adalah ditadbir secara berhemah dan mengutamakan keperluan rakyat.

Bajet Selangor 2011 adalah bajet mempertingkatkan prestasi Selangor sebagai Negeri Maju. Memberi keyakinan kepada rakyat terus mendukung dan menyokong Kerajaan PR.

Sekian.

No comments:

Post a Comment