August 9, 2011

Beberapa Kelucuan Semasa Interview Pemohon-Pemohon Tanah `Kampong Pinggiran`

Pejabat Daerah Hulu Langat, 08 Ramadhan = 08 Ogos (Isnin):

Anekdot:

Semasa interview 36 pemohon tanah `Belakang Taman Desa Seroja`, Jalan Reko, Kajang bersama En. Mohd Rashidi Bin Ruslan, Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Hulu Langat, Adun bertembung dengan beberapa 'Kekeliruan' dan 'Kelucuan'.

Seorang pemohon keturunan Cina masuk ke dalam Dewan Interview dan kami memintanya duduk. Berdasarkan alamat di dalam senarai panggilan Adun bertanya,

`Sekarang sudah senang, rumah di Bukit Mewah, apa pasal mau minta itu tanah ?`

`Lama tinggal itu tanah` jawab pemohon.

`Kalau lama tinggal itu tanah, kasi orang lain mintalah ! ` Kata Adun.

`Mana boleh, saya dan anak cucu mau tinggal mana ?, Kita orang semua tinggal sana !`

Jawab pemohon.

`Ini alamat Bukit Mewah ?` Tanya Adun.

`Itu rumah tak ada alamat, sulat tadak sampailah. Guna alamat rumah anak,` katanya.

`Kasi itu Kad Pengenalan` kata Adun. Dari kad pengenalan tertera alamat,

`Belakang Taman Desa Seroja` tanpa no. rumah. Alamat sedemikian terdapat di dalam kad pengenalan pemohon tanah berkenaan dan kad-kad pengenalan pemohon-pemohon yang lain . Ini menimbulkan cadangan En. Mohd. Rashidi agar Adun memikirkan nama bagi kampung berkenaan. Cadangan En. Mohd Rashidi itu memang betul, kerana konotasi dari nama `Belakang` kurang baik. Ia memberi makna `lucah, buruk dan tak maju.`

Semasa mahu menulis ini, Adun terfikir, oleh kerana kampung yang tanah dipohon itu sebelahnya berada di pinggir Taman Desa Seroja dan sebelah yang lain di pinggir Sungai Langat, maka Adun gunakan `Pinggiran Taman Desa Seroja`, iaitu kata yang indah dan mencerminkan realiti kedudukan kawasan tanah-tanah yang dipohon.

Semasa interview Adun kemukakan soalan kepada salah seorang pemohon dan pemohon-pemohon yang lain,

`Siapa nama Adun Bangi ?` kebanyakan mereka tercengang, tak tau jawab, walaupun diulang, ``Wakil Rakyat kawasan Bangi, kawasan tanah yang diminta !``

En. Rashidi juga bertanya, ``Macam mana minta tanah kawasan YB Bangi, tak tau siapa Wakil Rakyat itu kawasan ?`

Bagi orang Cina nampaknya mereka lebih mengenali Cikgu Lee daripada Dr. Shafie.

Walau bagaimana ada antara mereka bila ditanya Wakil Rakyat, mereka menunjuk dengan jari ke atas yang menandakan parti yang menjadi pilihan mereka sebagai pengundi.

Walau bagaimana ada sebahagian yang kenal dan malu-malu tunjuk ke arah Adun. Ada pula yang menerpa ke arah Adun bersalam bila tahu Adun Bangi yang menemuduganya.

Seorang pemohon perempuan muda dari keturunan Cina ditanya Adun,

``Macam mana you jadi pemohon, tidak bapa atau adik beradik lain yang lebih tua ?``

``Ayah dan ibu serta adik-beradik lain setuju I memohon pasal I ibu Tunggal.``

`Suami mana ?` Tanya Adun.

`Sudah meninggal,` jawab pemohon.

`Berapa anak ?`` Tanya Adun Lagi

`Dua orang,`` Jawab pemohon. Sememangnya wanita berkenaan kelihatan masih muda, lantas Adun bertanya.

`Bagaimana dengan pemilikan tanah bila you kahwin lain ?`

`Ayya, Siapa mau, beli satu dapat free dua ? (terbalik dari keadaan biasa makin dapat free makin orang suka. Dalam jawapan ini orang tak mahu risiko menanggung dua anak tiri!)

Kami ketawa beramai-ramai termasuklah perempuan muda Cina berkenaan!

Dalam episod interview selanjutnya seorang lelaki Cina yang agak tua masuk. Setelah beliau mengemukakan dokumen Adun tanya,

`Bertapa umur ?`

Beliau menjawab, `75 tahun !`

`Mengapa tidak buat permohonan atas nama anak ?, Nanti kalau mati susah kena tukar nama pula,` kata Adun.

Dia termenung seketika dan mengangkat tapak tangan ke telinganya seolah mau membisikkan sesuatu kepada Adun yang agak jauh kedudukan, katanya,

``Itu rumah papan, lubang sana, lubang sini, semua tak mau duduk !`

Kami mengangguk. Kata Adun, `Kalau dapat tanah dia orang boleh bina rumah batu, tak ada lubanglah!` kata Adun sedikit ketawa.

`Itu dia olang punya pasallah, sikalang mohon dulu.

Seorang pemohon lelaki India yang namanya tersenarai sebagai orang pertama diinterview pada sebelah pagi tidak datang, tiba-tiba bila sesi interview hampir tamat, termengah-mengah dia tiba, apabila namanya dipanggil kembali. Bila dia masuk, Adun bergurau,

``Ayo Ayo datang lambat, tanah sudah habislah !`, kata Adun. Dia menjawab,

`Apa pasal habis ? Tanah itu kami duduk, tadak orang boleh angkat !` katanya.

`Apa pasal lambat ?` Tanya Adun.

`Hantar Boss dulu ke Kuala Lumpur,` jawabnya.

`Mengapa tak cuti ? ` tanya Adun.

`Siapa mahu hantar ?` dia melahirkan kesetiaannya.

Kami mendepani realiti dan kejujuran masyarakat marhain yang sebenarnya sepatutnya mereka telah lama mendapat pembelaan!

Sekian.

1 comment: