August 3, 2011

Bunga-Bunga Setia Menyejuk Mata Dan Jiwa


Antara liku dan lurus perjalanan
Antara biasa dan kelainan
Kadang kita tersentak dan teroja
Oleh sekecil peristiwa terpandang
Menyentuh rasa mendalam.

Seorang Nisa`
Yang dalam menunggu program
Singgah di penginapan sekejap
Masih bersolat duha sempat
Dia adalah anak tarbiah
Waja diri dengan iman
Lazim diri dengan amalan
Teroja rasa tentang setia
Tentulah jiwanya lebih mulia.

Seorang isteri
Memboncing motorsikal suami
Sebaik turun depan pejabatnya
Dia meraih tangan suaminya
Mengucup penuh setia
sebelum suaminya pergi
Murninya jiwa si isteri
Bahagianya suami memiliki
Bersama keluarga bahagia.

Seorang pesakit dilawat sedang isteri
Setia merawat suami kehilangan suara
Oleh serangan penyakit kenser
Dia berkomunikasi dengan isyarat
Dan kadang dengan perantaraan surat
bagi menerang keadaan
kepada kami yang datang
setia sang isteri ambil keputusan
berhenti kerja untuk tumpuan
menjaga suami tersayang
beratnya mata memandang
berat lagi si isteri dengan tanggungan.

Seorang Ibu Tunggal
Dengan empat anak tinggal
Setelah kematian suami
Struggle mencari rezeki
Menjual kuih dan barangan
Cekal dan berterusan
Bagi anak-anak meneruskan pengajian.

Peristiwa-peristiwa berdepan
Pertanda setia dan kasih sayang
Mereka adalah bunga-bunga setia
Menyejuk mata dan jiwa
Wangian syurga wanita salihat
Berbahagia di dunia dan akhirat.

Shafie Abu Bakar,

Bandar Baru Bangi,
27 Sya`ban 1432
29 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment