August 3, 2011

Sumbangan Kebajikan Sempena Ramadhan

BBB, 28-29 Sya`ban = 30-31 Julai (Sabtu-Ahad):

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadat dan terkenal juga sebagai bulan Kebajikan yang merupakan sebahagian dari ibadat. Amal ibadat pada bulan Ramadhan diganda Allah dari segi pahala. Lantaran itu menjelang Ramadhan ramai yang membuat kebajikan. Sebelum dari tibanya Ramadhan masjid-surau, institusi dan orang perseorangan berlumba-lumba membuat kebajikan. Adun Bangi sendiri, sehari dua sebelum Ramadhan dijemput menyampaikan sumbangan-sumbangan. Pada hari:

1. Sabtu 30 Julai 2011 (3.00 petang)


Hadir ke Balairaya Taman Zamrud, Kajang bersama saudara Abu Bakar bin Alias Setiausaha Ahli MPKj Zon 22, Tuan Haji Malik Ketua Lajnah Ekonomi Pas Serdang, En. Azli Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Zamrud dan Encik Abdul Aziz Pengerusi Surau Lembah Mewah serta penerima-penerima bantuan berjumlah 30 orang dari Taman Zamrud dan Lembah Mewah. Adun hadir dengan dua tujuan:

a) Menyerahkan 2 unit air-cond. Dari peruntukan Adun yang sudah di pasang

b) Menyampaikan sumbangan kebajikan yang ditaja oleh Developer Metro dan Nada Ayu.

Terima kasih kerana menyediakan sumbangan.

1.2.Sabtu 30 Julai 2011 (10.00 malam)

Hadir jam 10. 00 malam ke Up Town Jalan Reko kerana menyampaikan sumbangan bagi pihak Pengurusan Up Town kepada pengerusi-pengerusi surau berdekatan. Hadir sama pada malam ini ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, saudara Mohd Adhram Musa Ahli MPKj, saudara Abu Bakar Setiausaha MPKj zon 22, Haji Abdul Malik Ketua Lajnah Ekonomi Pas Serdang. Seramai 20 pengerus-pengerusi Surau atau wakil-wakil hadir.

YB Teoh semasa berucap mengucapkan Selamat Berpuasa kepada penduduk Islam di Kawasan Serdang dan berharap semua dapat menjalankan ibadat puasa dengan baik. YB Dr. Shafie memuji pihak pentadbiran yang bersifat prihatin dan mengeluarkan sebahagian dari hasil kepada surau-surau sebagai pernyataan syukur dan membuat amalan kebajikan. Beliau juga berharap surau-surau dapat meningkatkan kegiatan di dalam mengimarahkan surau-surau.. Saudara Adhram berharap Up Town dapat ditadbir dan disusun lebih kemas dan berusaha memuaskan pelanggan-pelanggan. Ahli Parlimen, Adun dan Ahli MPKj berkenaan sama-sama menyampaikan bantuan.

Selepas dari itu mereka melawat kawasan gerai yang kelihatan crowded dengan pengunjung yang agak ramai. Mereka juga memeriksa `Pokok-Polok Bunga Artificial berwarna warni yang baru di pasang. Mereka mengambil perhatian dan memberi peringatan supaya mengutamakan keselamatan, kerana kawasan berada di bawah Cable Letrik.


2. 31 Julai 2011 (Ahad) – Surau Al-Huda

Jam 3.00 petang hadir ke Surau Al-Huda, Kajang Sentral menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin dari Kajang Sentral. Sebelum menyampaikan bantuan, Adun mengharapkan AJK Surau yang diketuai saudara Azmi dapat menjalankan kegiatan surau dengan baik dan teratur. Beliau berharap tidak timbul lagi perkara kontroversi. Tahun lepas Isu Penyampaian Bantuan kepada surau ini yang dilakukan oleh YB Teo menjadi heboh ke seluruh negera.

Masalah telah selesai dan AJK telah dipulihkan. Harap semua pihak di dalam aman di dalam menjalankan kegiatan ibadah.


2.1. 31 Julai 2011 – Surau Al-Muhajirin

Jam 6.00 ke Surau Al-Mujahidin, Kajang Utama. Juga menyampaikan sumbangan yang ditaja oleh Surau dan Lajnah Ekonomi Pas Serdang. Hadir bersama ialah Tuan Haji Azhar Pengerusi Surau, Tuan Haji Abdul Aziz Bendahari, Puan Khaliah Hal Ehwal Wanita dan Tuan Haji Abdul Malik Ketua Lajnah Ekonomi Pas Serdang. Tuan Haji Azhar mengalu-ngalukan kehadiran Adun Bangi. Beliau memaklumkan menyampaikan sumbangan seperti hari ini adalah merupakan acara tahunan. Diharap membantu bagi merigankan beban kalangan kurang berada. Adun pula mengucapkan terima kasih di atas jemputan. Beliau menggalak dan meneruskan budaya murni bulan Ramadhan,iaitu sifat tolong-menolong dan membantu antara satu sama lain. Beliau menyeru kepada pemerima-penerima bantuan bersyukur terhadap Allah. Antara tanda bersyukur ialah menurut perintah Allah dan banyakkan ibadat pada bulan Ramadhan ini.


Sekian.

No comments:

Post a Comment