Imej Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Seksyen 7, Shah Alam sekurang-kurangnya bagi persepsi Adun Bangi adalah bukan semata-mata rumah kediaman Menteri Besar – maksud Menteri Besar sekarang, tetapi sebagai pusat pengajian dan tempat pertemuan secara tidak formal antara pucuk pimpinan negeri Selangor dengan pegawai-pegawai, kakitangan hinggalah kepada ketua-ketua kampong.
Sebagai pusat pendidikan, sebagaimana dimaklum di Kediaman Rasmi Menteri Besar diadakan Kuliah Bulanan dengan menggunakan teks Fiqh ad-Daulah oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi dan penyampaian dilakukan oleh guru-guru berlainan. Sempena kuliah bulanan dijemput pihak Exco, pentadbir-pentadbir negeri, Adun-Adun dan ketua-ketua kampong. Setakat ini kuliah bulanan adalah berterusan. Kecuali pada bulan Ramadhan kuliah bulanan digantikan dengan Iftar dan Tarawih bersama Menteri Besar di Kediaman Menteri Besar pada hari ini.
Untuk menepati waktu iftar Adun Bangi bertolak lebih awal, kira-kira jam 6.00 petang’ Pada asalnya isteri dijangka pergi bersama, tetapi pada petang anak-anak mengadakan perhimpunan hujung minggu di rumah, maka Adun bertolak seorang secara persendirian dan tiba sebelum iftar. Kehadiran pada petang ini adalah ramai dan melibihi dari biasa. Termasuk yang bukan Islam. Jumlah mereka dalam lingkungan 300 orang. Antara mereka yang hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Dato` Haji Khusrin Munawi, Tuan Speaker YB Dato`Teng Chang Khim,Exco-Exco YB Dato` Haji Hasan Mohd Ali, YB, Tuan Dr. Haji Yaakob Sapari dan YB Ronnie Liu. Manakala Adun-Adun yang datang ialah YB Khasim Abdul Aziz, YB Dr. Shafie Abu Bakar , Ahli Parlimen YB Khalid Samad. Turut sama hadir ialah Mufti Kerajaan Negeri S.S. Dato` Haji Tamyiz, Timbalan Mufti Dato` Haji Abdul Majid, Pengarah Jais S.S.Tuan Haji Marzuki, pegawai-pegawai Kerajaan dan ketua-ketua kampong.


Berlainan dengan YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim pada peringkat awal belian dilantik menjadi Menteri Besar Adun Bangi agak merasa segan untuk mendekatinya, memandangkan status beliau sebagai Bekas Ahli Koperat yang berjaya dan kini Menteri Besar pula. Tetapi dari masa ke semasa benteng ini runtuh oleh kemesraan beliau yang tidak mementing dan membezakan status. Beliau mudah didekati dan mesra melayani. Cuma tempat-tempat tertentu kita kena jaga protocol. Tetapi jika di Majlis pengajian beliau mesra dan bersifat humble dan bergaul rapat dengan semua pihak dengan cara berpakaian baju Melayu berkain pelikat dan bersungkuk hitam dia bergaul macam kita bergaul sama sahabat sekampong sejiran. Di dalam Dewan Negeri pun sebelum dan selepas sidang kita merasa mesra dan bebas bercakap dan bergaul. Cuma bagi kita kadang harus menjaga kedudukannya secara wajar.
Iftar dan Tarawih malam ini umpamanya bukan saja beliau meraikan tetamu secara peribadi dan berpindah dari meja ke meja bercakap, tetapi memberi ruang seluas-luasnya antara satu sama lain, tanpa mengira kedudukan dan pangkat bergaul, bercakap dan bermesra. Inilah tujuan dan hasil utama mengadakan pertemuan iftar dan tarawih dan kelas bulanan sebenarnya iaitu merapatkan hubungan antara pihak pentadbir, pegawai-pegawai. Wakil-wakil Rakyat dan orang ramai. Pada permulaan kelas dibuka dulu pun Adun tidak begitu tertarik untuk datang memikirkan ianya mungkin bersifat exlusif, tetapi bila Adun Bangi datang menyertai dan mengalami dan berinteraksi, terutamanya semasa makan selepas kelas merasa suasana terbuka dan meningkatkan kemesraan, maka semakin kerap Adun datang, bila tidak ada program besar di kawasan Dun.

Sekian.
No comments:
Post a Comment