Sejak Pakatan Rakyat memerintah Skim Mesra Usia Emas dilancarkan dalam mana setiap warga emas rakyat negeri Selangor yang mendaftar dan meninggal, maka diperuntukkan baginya sejumlah RM2,500 diterima warisnya. Satu ribu pertama diberi sebaik meninggal dan RM1,500 dipanggil menerimanya di dalam majlis yang diaturkan bagi penerima-penerima secara bersama. Skim ini baik dan berjalan dengan teratur. Namun sejak awal skim itu berjalan, seawal itu menerima kritikan – termasuk Adun Bangi dan yang lain menimbulkannya di dalam Dewan Negeri Selangor.
Kritikan bahawa, sejumlah wang yang besar (RM2,500) dikeluarkan melalui Skim Takaful – semacam Khairat Kematian, bagi setiap kematian warga emas, tetapi pada hakikatnya, warga emas sehayatnya tidak menerima sesen faedah daripada skim yang diperuntukkan kepadanya. Skim ini sepatutnya bukan bersifat khairat kematian semata-mata, tetapi seharusnya bersifat kebajikan bagi diri warga-warga emas sebelum meninggal dan selepas meninggal, bahkan sebelum meninggal sepatutnya lebih besar dari selepas meninggal. Kita pernah mencadangkan dalam Dewan Negeri Selangor sekurang-kurangnya RM1,000 dapat dinikmati warga emas semasa hayatnya
Kritikan-kritikan sedemikian diambil perhatian terutamanya oleh Exco Kebajikan yang mula memikirkan kaedah terbaik bagi memberi peruntukan bagi warga emas sebelum mereka meninggal. Pendekatan yang mula diambil pada tahun ini ialah memperuntukkan RM100/= bagi seorang warga emas untuk mereka berbelanja. Jumlah RM100/= adalah sedikit, tetapi sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati warga-warga emas.
Program di atas dinamakan `Jom Shopping` dalamana warga emas dibawa shopping ke pasaraya-pasaraya pilihan di kawasan-kawasan masing-masing. Jumlah yang ditawarkan pada peringkat permulaan ialah kepada sejumlah 100 orang warga di satu-satu kawasan Dewan Negeri.
Demikianlah 100 warga emas kawasan Dewan Negeri daripada yang mendaftar seramai 150,000. Mereka adalah yang mendaftar awal dijemput menyertai program Jom Shopping pada hari ini. Tempat yang dipilih ialah Pasaraya Econsave, Jalan Reko. Bangi adalah merupakan program ke 14 yang dijalankan setakat ini. Sebelumnya kakitangan di Pejabat Adun sejak berminggu-minggu yang lepas mengatur program dan menjemput warga-warga emas yang terpilih untuk sama menyertai program Jom Shopping.
Demikianlah sejak pagi-pagi lagi warga-warga emas ini tiba di Pejabat Adun Bangi. Mereka dilayan mesra dan diminta mendaftar dan diberi kad bagi pengenalan oleh petugas-petugas. Mereka bersifat multirasial dan datang dengan cara dan gaya pakaian berpelbagaian. Sebelum mereka di bawa ke Psaraya Econsave mereka di beri taklimat dan maklumat, Encik Kamsani Pengarah bagi Skim Warga Emas menyampaikan ucapan ringkas bahawa, warga emas dibekalkan dengan voucher berharga RM100. Mereka bukan saja berpeluang berbelanja, tetapi dapat tawaran harga yang rendah dan istimewa. Mereka juga mendapat extra barang (hadiah dari Pentadbiran Econsave). Encik Kamsani juga membyangkan, bahawa pihak Kerajaan Negeri mungkin akan mengadakan Skim peringkat kedua yang melibatkan peruntukan lebih besar sehingga kepada jumlah RM200 juta.
Sebelum bertolak Adun Bangi juga mengalu-ngalukan warga-warga emas ke Pejabat Adun Bangi dan mengucapkan tahniah kerana terpilih pada peringkat awal untuk menerima voucher. Adun memaklumkan skim ini adalah sebahagian daripada skim-skim yang diperuntukkan oleh kerajaan Negeri Selangor bagi membantu warga emas dalam rangka Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor. Menurut Adun, ``Kita bersyukur dengan kemakmuran negeri Selangor yang terus meningkat dari segi hasil dan pendapatan. Dari hasil ini kerajaan memulangkannya kepada rakyat melalui berbagai-bagai skim.
Pada jam 10.00 pagi warga-warga emas berjumlah hampir 100 orang itu bertolak ke Econ Save dengan hantar dengan bas dan sebahagian daripada mereka menaiki kenderaan sendiri dan diiringi oleh waris dan juru-juru urusan . Warga-warga emas ini diiringi oleh pembantu-pembantu lebih kurang 50 orang.
Setelah taklimat ringkas sekali lagi depan Econsave mereka diberi peluang berbelanja secara bebas; Waktu antara 11.00 hingga lebihkurang jam 12.00 mereka berbelanjaan sama ada memberi barangan makanan, pakaian dan sebagainya yang juga turut diiringi waris yang datang bersama. Selepas lebih kurang setengah jam berbelanja mereka keluar dengan troli. Mereka disambut oleh petugas-petugas dan dikira perbelanjaan. Adun menyambut bila mereka keluar dan menyampaiakan hadiah hadiah tambahan kepada mereka. Demikian seorang demi seirang mereka disambut hingga ke akhir jam 12.30. Keriangan terpancar di wajah-wajah warga emas. Mereka berterima kasih di atas hadiah dan layanan yang mereka terima dan memuji pendekatan yang diambil. Walau macam mana daripada 100 orang terdapat 14 orang yang uzur dan tak dapat datang. Bagi mereka dibeli oleh pihak pejabat barang-barang standard seperti beras, susu, minyak masak, cordial, sardine dan sebagai bernilai RM100 dan akan disampaikan sera terus oleh Adun. Kepada warga emas di tempat masing-masing. Semua petugas turut diberi cenderahati.
Dapat dikatakan program berjalan lancar dan semua pihak berpuashati.
Terima kasih kepada semua berkenaan yang menjayakan program.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment