(Menghormati Puan Zaiton dan Suami Haji Rashidi
Bekas Pengerusi Tetap Pas Sungai Ramal Luar)
Setelah mereka membahagi kasih sayang
Pada anak-anak mereka
Mengiringi kejayaan mereka
Yang tinggal hanya cinta seorang isteri
Pada seorang suami yang lumpuh
Terbaring di tilam bertahun.
Sepanjang masa dia memberi
Setia pada suami
Tanpa berbelah bahagi.
Shafie Abu Bakar,
Sungai Ramal Luar,
20 Ramadhan 1432
20 Ogos 2011.
No comments:
Post a Comment