August 21, 2011

KUIS Berusaha Meningkatkan Kualiti: Tidak Mahu Dilibatkan Dengan Politik ?

Bandar Seri Putera, 18 Ramadhan = 18 Ogos (Khamis):

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anakanda Baginda Tengku Amir berkunjung ke KUIS beriftar dan berjamaah di Masjid KUIS bersama-sama pelajar-pelajar di sini termasuklah bertarawih bersama mereka.

Sebelum dari iftar, Rektor KUIS Profesor Dr. Izzuddin melaporkan kepada Tuanku dan para hadirin tentang kemajuan KUIS yang dikatakan sedang di dalam transformasi meningkatkan kualiti KUIS sebagai satu pusat pengajian ulung dan meningkatkan kecemerlangan Islam sesuai dengan nama pengajian yang membawa Imej Islam. Pelajar-pelajar diharap dapat meningkatkan diri dalam mendukung konsep kekhalifahan di dalam Islam dan Masjid mau dikembali kepada fungsi sebagai `centre of learning dan berfungsi 24 jam – termasuk mewujudkan pengajian tahfiz yang berpusat di masjid.

Memang sewajarnya KUIS sebagai salah sebuah instituisi pengajian tinggi Islam di negeri Selangor diharap mempelopori perkembangan pengajian Islam di negeri Selangor dan menjadi salah satu institusi yang mempunyai daya tarikan bagi pelajar-pelajar baik dalam negeri Selangor atau di luar dari negeri Selangor untuk datang dan memilih KUIS sebagai institusi pengajian pilihan mereka. Daya tarikan yang paling utama, ialah kualiti pengajian yang ditawarkan oleh KUIS terhadap pelajar. Apakah kualiti KUIS setakat ini menyerlah berbanding dengan institusi pengajian tinggi yang sebanding dengannya? Setakat ini KUIS yang dibiayai Zakat Negeri Selangor tidak dapat mengatasi kedua-dua universiti yang sama membawa imej Islam – Uiversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bahkan hingga kini KUIS belum menampakkan bidang keistimewaan khusus yang dapat ditampilkan oleh KUIS dan dikenali.

Kekukuhan sesebuah pengajian tinggi banyak bergantung kepada tenaga pengajar di satu-satu pengajian tinggi berkenaan. Misalnya terkenalnya UIAM pada satu masa dahulu dengan tokoh bidang perundangan – Sivil dan Islam Profesor Ahmad Ibrahim, kehilangannya masih tidak dapat berganti tempatnya. Adakah KUIS mampu menonjolkan ketokohan dalam bidang-bidang akademik yang ditawarkan? Sebenarnya, ramai boleh dilantik ke jawatan professor, tetapi tidak semestinya mampu menonjolkan kualiti akademik institusi berkenaan tanpa menyerlahkan hasil-hasil akademik yang berkualiti. Kualiti akademik yang dapat ditonjolkan ialah dengan adanya penerbitan-penerbitan akademik oleh tenaga-tenaga pengajar dari KUIS umpamna, Setakat ini apa yang sampai kepada kita ialah sebuah penerbitan berhubung dengan kajian terhadap Al-Muqaddimah Ibn Khaldun, dan sepanjang maklumat kita tiada lagi penerbitan yang diterbitkan oleh KUIS atau dihasilkan oleh tenaga pengajar sebaik buku berkenaan. Pada kunjungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada kali ini diwar-warkan usaha KUIS menterjemahkan Hadith Bukhari. Seingat kita perkara yang sama telah diwar-warkan pada majlis seumpamanya pada tahun sebelumnya. Kita juga bertanya, terjemah Hadith seperti Kitab Bukhari dan yang lain-lain sudah dilakukan baik di luar Negara seperti Indonesia dan juga oleh JAKIM, jadi apakah significant yang mau ditampilkan oleh KUIS dengan terjemahan ini ?

Imej Institusi pengajian tinggi nenonjol ialah dari kualiti mahasiswanya. Tahap manakah kualiti mahasiswa KUIS berada? Dari luar kita dapat kesan banyak sekatan dan halangan terhadap mahasiswa. Mereka tidak mendapat kebebasan bergerak sebagai mahasisawa. Ini menyebabkan mereka terbantut. Benih yang terbantut tidak akan tumbuh subur di luar dan ia membawa imej terbantutnya bila terjun ke dalam masyarakat. Dengan usia KUIS selayaknya ia sudah mampu menampilkan ke tengah masyarakat pelajar-pelajar keluarannya yang berkualiti.

Dalam ucapan Rektor di hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor beliau menyebut bahawa KUIS tidak mahu dilibatkan dengan politik. Kita berpendapat Rektor adalah berpolitik dalam ucapannya yang lebih mahu mengambil hati penajanya dari mempastikan KUIS memenuhi aspirasi rakyat dan negeri. Rektor mesti membezakan antara mengambil bahagian dalam politik dalam kata lain berpolitik dengan memperkatakan tentang politik. Sebagai sebuah pengajian tinggi Islam, mustahil untuk memisahkan dari memperkata, mengkaji dan memberi pendapat tentang politik, khususnya Islam. Memperkatakan sejarah Islam adalah membicarakan tentang politik Islam. KUIS tidak seharusnya membicarakan tentang kesilaman Jslam, tetapi juga tentang perspektif politik masa depan, khususnya tentang politik Islam. Sebagai sebuah pengajian tinggi Islam adalah wajar kursus sedemikian ditawarkan di KUIS.

KUIS sebagai institusi yang dibiayai rakyat – Zakat dari rakyat, harus menjunjung aspirasi rakyat termasuk menunujuk jalan kepada mereka tentang konsep pemerintahan dan Negara Islam yang baik. Tenaga akademik hendaklah menulis dan memberi pandangan tentang perspekyif terkini mengenai politik dan Negara Islam. Kenyataan Rektor tidak mau dilibat dengan politik adakah mencerminkan wujudnya tekanan atau sebenarnya ketidakmampuan untuk mmperkatakan tentang politik, khususnya politik Islam ?

Sekian.

No comments:

Post a Comment