Adanya di dalam sebuah Negara atau negeri ulama atau intelektual yang memandu pimpinan dan masyarakat kepada jalan benar beradasrkan keilmuan adalah satu kemestian, tetapi jika di kalangan pemimpin itu sendiri yang mencintai ilmu, bahkan menulis buku, ianya merupakan pertanda yang baik, bahawa pemimpin berkenaan adalah mereka yang berfikir. Lebih dari itu dapat dilihat ke arah mana misi dan visi yang mau dibawa masyarakat.
Nik Nazmi Nik Ahmad adalah pemimpin muda yang versatile dan dinamik., lahir di Kuala Lumpur 1982. Belajar di Sekolah La Salle, Petaling Jaya, MCKK dan KYUEM dan menyambung pengajian di King`s College, University of London dalam bidang perundangan. Beliau terlibat dengan politik sejak berumur 19 tahun dan menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor termuda bagi kawasan Seri Setia pada Mac 2008. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor. Beliau adalah penulis prolific. Menghasilkan buku pertama Mendepani Zaman – Melayu untuk Abad ke 21 diterbitkan pada tahun 2009 setebal 152 hlm.– diterbitkan di dalam Edisi Melayu dan Inggeris. Buku kedua dan terbaru yang dilancarkan pada hari ini Coming of Age (2011) setebal 292 hlm. Beliau juga menulis di dalam The Edge,, The Malaysian Insider dan Sinar Harian. Beliau menulis mengenai isu-isue, terutama politik semasa. Contoh dalam Mendepani Zaman beliau memperkatakan tentang Paradigma Politik Baru, Ke Arah Merakyatkan Ekonomi yang istilah dan pendekatan ini popular di Selangor, Dinamika Pendidikan, Islam di dalam masyarakat majmuk dan Revolusi Sosial. Pandangannya segar dan kritikal.Berhubung dengan buku keduanya yang dilancarkan oleh Dato` Seri Anwar Ibrahim:
``Coming of Age is an intellectual portrait of the writer as a young politician as he traces his journey from reformasi to 8 march 2008 and beyond Well-articulated with penetrating insights into the nation political awakening, this collection of essays is testimony to Nik Nazmi`s astuteness as an observer and more significantly his commitment to the cause for a better Malaysia.``
Sebelum daripada itu Christine Chong mewakili Publisher – Marshall Cavendish yang juga menerbitkan buku pertama Nik Nazmi dan beberapa pemimpin Malaysia yang lain bahawa Coming of Age adalah buku hasil dari himpunan 40 esei Nik Nazmi yang ditulis dalam berbagai penerbitan mulai 2001 sehingga 2011. Sungguhpun menurut Christine, kajian menunjukkan kadar membaca masyarakat makin menurun dengan adanya internate, tetapi tidak menggugat pasaran buku. Tulisan yang dihimpunkan ini juga adalah koleksi hasil penulisan Nik Nazmi melalui antaranya internate.
Nik Nazmi juga berucap berterima kasih di atas kehadiran audien meraikan pelancaran buku terbaru beliau. Terima kasih khusus beliau kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai kelapangan masa hari ini hadir dan melancarkan buku Coming of Age belian. Terima kasih beliau juga kepada YAB Dato` Menteri Besar yang banyak membimbing beliau dan tetamu-tetamu jemputan
Coming of Age adalah penulisan berhubung dengan isu-isu semasa menurut perspektif Nik Nazmi sebagai pendukung Parti Keadilan Rakyat yang membicarakan tentang masyarakat majmuk Malaysia, konsep keadilan yang diperjuangkan, reformai dari segi pengundian, politik baru Malaysia, penentangan terhadap ISA, Kritikan terhadap Suhakam, Menangani perubahan generasi muda, perlunya perspektif baru terhadap Bumiputra dan menuju sistem dua parti di Malaysia.
Nik Nazmi mempunyai peluang dan halaman yang panjang bagi memantapkan idea dan penulisan dan sudah tentu bidang penulisan dan politiknya menyediakan ruang yang cerah bagi masa hadapannya. Kita percaya beliau merupakan pemimpin berfikir dan kreatif dan beliau menjadi icon bagi generasi muda
Sekian.
No comments:
Post a Comment