Taman Seroja, Jln. Reko, Kajang, 09 Zulkaedah = 07 Oktober (Jumaat):
Jam 11.00 pagi ini YB Iskandar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, sebagaimana dijanji sepatutnya tiba di sini jam 11.00 pagi, tetapi sebelum jam 11.00 Adun Bangi menerima maklumat bahawa pertemuan di sini ditangguhkan kepada jam 3.00 petang oleh kerana YB Iskandar mempunyai tugas lawatan yang belum diselesaikan di Pandan, Selepas solat Jumaat di Masjid UKM di sini, Adun bersama saudara Amir Othman bertolak ke Jalan Reko dan hari mulai hujan. Memikirkan sudah lewat, kami terus masuk ke kawasan pinggiran Taman Seroja dalam keadaan hujan mulai lebat, tetapi tiada mereka yang menunggu di sini. Hubungan dibuat kepada Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat dan dimaklumkan YB Iskandar dan pengiring dalam perjalanan dan beliau meminta Adun menunggu di salah sebuah kedai bertentangan dengan Gudang KTM dan di simpang jalan masuk ke Taman Seroja di sini.
3.30 petang Pegawai-Pegawai dari Pejabat Daerah tiba bersama rombongan mereka. Antara mereka ialah Tuan Haris Pegawai Daerah Hulu Langat dan beberapa Penolong Pegawai Daerah seperti En. Rashidi, Encik Fadhlullah dan beberapa pegawai yang lain. Sementara pihak penduduk dan pemohon tanah terdiri dari Wakil Penduduk Pinggir Taman Seroja, iaitu Encik Nathan A/LMarianandan dan sejumlah penduduk lebih kurang sepuluh orang. Selang beberapa minit ketibaan Pegawai Daerah, YB Iskandar Exco tiba dalam suasana hujan lebat yang masih belum reda. YB Iskandar, Adun Bangi, Pegawai Daerah dan penolong-penolong serta pegawai-pegawai yang lain dan Wakil Penduduk dan beberapa yang lain di bawa masuk ke ruang berhawa dingin. Oleh kerana hujan masih turun, maka penerangan mengenai lokasi, pelan bagi lot-lot tanah dibentang dan dibincangkan dalam pertemuan.
Dari segi latar belakang, selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, pihak penduduk mendekati Adun Bangi bagi memohon geran tetap di atas tanah yang mereka diami sejak 30 tahun lepas. Setengahnya sejak selepas Merdeka (tanah-tanah di sini selama ini dijadikan umpan setiap kali pilihanraya oleh BN). Lot-lot yang diduduki di sini berjumlah 36 lot. Adun Bangi beberapa kali membuat lawatan termasuk dengan Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching ke tapak 36 lot tanah bagi 36 keluarga. Tanah berkeluasan lebih kurang 3 ekar. Dalam lawatan-lawatan Adun berbincang dengan wakil penduduk dan penduduk-penduduk.dan bersetuju penduduk membuat permohonan secara berkelompok sejak 2009. Surat menyurat terutama ke Pejabat Daerah dilakukan, Hasilnya positif dan akhirnya temuduga terhadap 36 pemohon-pemohon diadakan di Pejabat Daerah pada 8 Ogos 2011 yang panel menemuduga ialah Adun Bangi dan Penolong Pegawai Daerah, iaitu saudara Rashidi. Adalah dipercayai kehadiran YB Iskandar mewakili YAB Dato` Menteri Besar dan diri beliau sendiri sebagai Exco Perumahan bagi memastikan lokasi dan pembahagian lot-lot berjalan dengan betul. Setakat ini tiada perbalahan di kalangan keluarga tentang nama siapa yang mau diperturun di dalam geran. Pemohon-pemohon tanah di sini ialah dari kaum India dan Cina yang memang menetap di sini sejak sekian lama.
Perbincangan ditamatkan memandangkan hujan mulai reda, maka YB Iskandar dengan diiringi Adun, Pegawai Daerah, Penolong-Penolong dan pegawai-pegawai, Wakil Penduduk serta penduduk setempat bergerak ke lokasi – Pinggiran Taman Seroja. Semasa tiba di kawasan tapak perumahan hujan masih turun, maka dengan berpayung dan setengahnya basah kerana tidak berpayung turun melihat lokasi-lokasi tanah yang dipohon. Setelah berada di lokasi lebih kurang setengah jam dan tapak-tapak dikenalpasti, maka rombongan mulai beredar dan YB Iskandar bersama Tuan Pegawai Daerah ke Pejabat Daerah, manakala yang lain-lain bersurai. Sebahagian dari penduduk yang juga pemohon-pemohon yang telah diinterview memohon untuk mengambil gambar bersama Adun sedang hari masih hujan. Mereka dipercayai akan menerima jawapan di atas permohonan mereka dalam masa terdekat – Insya Allah.
Sekian.

No comments:
Post a Comment