Kepentingan mengetahui ilmu falak atau astronomi terus releven, bahkan kajiannya makin luas bagi mengkaji angkasa lepas dan kepentingannya bagi kehidupan dan kemajuan manusia di alam jagat ini. Bidang ini terus menjadi satu bidang kajian dan pengajian di universiti-universiti, bahkan dipelopori oleh institusi-institusi keilmuan. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor mengadakan kegiatan kajian Ilmu Falak secara tahunan. Pada 15 Oktober 2011 Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Konvensyen Falak Selangor 2011 bagi siri ke 7 bertempat di MBSA, Shah Alam.
``Konvensyen Falak merupakan wadah terbaik bagi peserta-peserta memahami dan mendalami Ilmu Falak yang melibatkan kajian planit, cakrawala dan bintang-bintang.``
Menurutnya, ``Melalui Ilmu Falak kita dapat menelusuri sejarah kegemilangan Islam dalam Ilmu Falak,`` Kata YAB Menteri Besar,``Kekuatan Ilmu keislaman terletak pada maratib keilmuannya yang berasaskan tauhid. Melalui kajian Falak mengukuhkan pegangan pada keesaan Allah dan kajian-kajian Ilmu Falak menyempurnakan amalan-amalan yang berhubung dengan fiqh. Ilmu Falak juga membantu bagi kesempurnaan kehidupan manusia di alam ciptaan Allah ini.`` Tambah YAB Menteri Besar,
Terdahulu daripada itu Y.A.D. S.S Dato` Setia Hj. Mohd Tamyes b. Abd. Wahid Dato` Seri Utama Diraja Mufti Selangor ketika menyampaikan ucapannya menyatakan:
``Konvensyen Falak 2011 adalah lanjutan dari konvensyen-konvensyen yang diadakan sebelum ini. Konvensyen ini adalah merupakan yang ketujuh.`` Menurut Dato ` Mufti, Bersempena dengan Konvensyen ini diadakan Kursus yang berhubung dengan Ilmu Falak bermula dari 10 Oktober 2011 diikuti oleh 15 orang. Peserta dari dalam dan luar Negara. Mereka dikurniakan Sijil Falak.
Antara aktiviti yang berhubung dengan konvensyen Ilmu Falak 2011 ialah:
- Pembentangan kertas kerja Konvensyen Falak Selangor 2011
- Pameran peralatan Ilmu Falak di ruang legar Konvensyen
- Jom Teropong Angkasa, alat teropong dibawa ke lokasi peneropongan
- Pertandingan Pelancaran Roket di kalangan institusi-institusi pendidikan di negeri Selangor
- Melihat kecanggihan peralatan Ilmu Falak dan memerhati dengannya cakrawala. Kerajaan Negeri Selangor menyiapkan Balai Cerap yang mempunyai teleskop tercanggih di Malaysia. Ianya digunakan bagi memerhati bulan, bintang, memerhati gerhana matahari dan bulan dan berbagai-bagai kegiatan ilmiah.
Empat buah kertas kerja dibentang di dalam seminar sehari iaitu:
1) Astronomi Dan Internet dibentang oleh Ybhg. Encik Ahmad Taufan bin Abdul Rashid dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UDM, Terengganu.
2) Manzilah Bulan Dalam Memenuhi Keperluan Syarak oleh Ybhg. Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor
3) Mengukur Skala Alam Semesta Melalui Cerapan Transit Venus/Zuhrah 2012 oleh Ybhg. Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur (Geodesi), Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia.
4) Tahun 2012 ``Adakah Dunia Akan Berakhir ?`` oleh Ybhg. Prof. Dato` Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin, YDP Persatuan Ahli Falak Selangor,
1) Konsep Penentuan Awal Bulan Islam
2) Prosedur Penentuan Dan, Pengesahan Arah Qiblat di Negeri Selangor
3) Kaedah Menentukan Arah Qiblat
4) Penentuan `Eidul Adha & Puasa Sunat `Arafah (Wuquf Di `Arafah)
Sekian. Wallahu a`lam.
No comments:
Post a Comment