Pagi ini Adun Bangi berkesempatan mengiringi Jenazah Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz Mantan Ahli Parlimen Hulu Langat (1995-2004) yang disembahyangkan di Surau Mutiara, Bandar Baru Bangi ke Kuburan Islam, Sungai Tangkas, Kajang, jam 10.00 pagi.
Badrul Hisham meninggal dunia di Hospital Serdang petang Hari Jumaat semalam. Beliau dibawa ke Hospitral Serdang setelah mengadu sakit dada dan meninggal jam 3.50 petang. Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi.
Badrul Hisham adalah lulusan UKM dan menjadi wartawan Utusan sebelum bertanding kerusi Parlimen Hulu Langat. Beliau amat berminat tentang bahasa dan sering menulis topik berkenaan dengan bahasa Melayu.
Berhubung dengan politik, walaupun Adun berada di dalam politik berlainan dan bertembung dengan beliau sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat dan Adun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang (1999-2004) di bawah Parlimen Hulu Langat, kami tidak pernah berkonfrantasi, bahkan banyak kali dalam majlis-majlis beliau menegas dan mengakui Adun sebagai gurunya semasa di UKM. Kami menghormati antara satu sama lain.
Keadaan ini menyebabkan berlaku keresahan di kalangan penduduk di Bandar Baru Bangi, menyebabkan Adun yang pada masa itu selaku Adun Kajang dan rakan-rakan mengambil tindakan menganjurkan protes dan tunjuk perasaan mengarak keranda dari Masjid Al-Hasanah selepas solat Jumaat ke Pejabat Daerah Hulu Langat dan membuat sidang akhbar di Pejabat Daerah berkenaan menuntut agar disegerakan persiapan kubur bagi penduduk Bangi dan sekitaran. Berikut dari protes ini, saudara Badrul Hisham selaku Ahli Parlimen pada masa itu membuat komen berhubung dengan protes dan tunjuk perasaan berkenaan,
``Adun Kajang tidak sabar!`` katanya.
Al-Fatihah buat saudara Badrul Hisham Abdul Aziz.
Sekian.
No comments:
Post a Comment