Dengarlah suara kemerduan
Bersama Rabiul Awal 12, menjelang
Bertingkah suara tilawah al-Qur`an
Diikuti salawat kepada Junjungan
Bersambut ikutan berulang-ulang
Di berbagai majlis dan sambutan
Salawat dan salam ke atas Junjungan
Adalah pernyataan lahir kecintaan
Terhadap Rasulullah Junjungan
Pancaran dari batin mendalam
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alaihi wa sallam
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alaihi wa sallam.
Dengarlah suara kemesraan
Anak-anak kafa didikan permulaan
Diajar mengenai akhlak Junjungan
Mulia pekerti qudwah ikutan
Bersalawat mereka ke atas Junjungan
Mengelilingi kariah berjejaran
Menghebah mesra ke kelilingan
Pernyataan lahir rasa kesyukuran
Ya Nabi salamun alaika
Ya Rasul salamun alaika
Ya Habibu salam alaika
Salawatullah alaika.
Di anjung sebuah surau tua
Para veteran warga emas
Berhimpun mengingati Junjungan
Mengalunkan rawi Barzanji nathar
Karangan sayyuduna Ja`afar
Indahnya tidak jemu didengari
Kerana ianya gubahan hati nurani
Ditingkah ungkapan Allah ! Allah !
Oleh keindahan Sirah Rasulullah
Lantas ramai-ramai mereka berdiri
Marhaban salawat ke atas Rasulullah
Ashraqal Badru alaina
Fakhtafat minhul buduru
Mithla husnika ma raaina
Qattu ya wajhas-sururi.
Di sebuah masjid di pinggir kota
Daya tarikan Penceramah wibawa
Menarik kunjungan anak muda
Yang mengukur jalan raya
Kepada pengisian ruang masjid
Mereka bertakbir mereka bersalawat
Mereka generasi positif berubah
Landscape politik Negara cerah
Anta Shamsun anta Badrun
Anta Nurun fauqa nuri
Anta Iksirun wa Ghali
Anta Misbahus-suduri.
Dengarlah suara kesyahduan
Memantul dari seluruh penjuru alam
Bersatu di dalam kecintaan
Memuji Rasul Junjungan
Mengukuhkan akidah pegangan
Menyatukan umat Islam
Ya Habibi ya Muhammad
Ya Arusal Khafiqayni
Ya Muayyad ya Mumajjad
Ya Imamal- Qiblatayni.
Dengarlah suara kerinduan
Menghantarnya kepada Junjungan
Walaupun dijarak waktu dan ruang
Tapi wujudnya seperti berdepan
Tiada yang menghalang dari kecintaan
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alaihi wa sallam
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alaihi wa sallam.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
Rabiul Awal 1433
Februari 2012.
No comments:
Post a Comment