Baitul Imtiyaz, Sungai Ramal Luar, 26 Rabiul Awal 1433 = 19 Februari 2012 (Ahad):
Seawal jam 8.30 pagi Adun Bangi tiba di hadapan Bangunan Baytul Imtiyaz Perpustakaan, Sungai Ramal Luar bagi menyaksikan kegiatan yang berhubung dengan jahitan dan menyerahkan 6 buah mesen jahit Singer Jenis Portable kepada Pengurus Kelas Jahitan di Sini – Puan Norlela.

Hadir sama pada pagi ini ialah Tuan Haji Mohd. Yusof Abdul Kadir, Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh, Nazir Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar, Puan Noraini Hussein, Timbalan Ketua Muslimat Pas Negeri Selangor, Wakil Syarikat Singer, saudara Fuad AJK Masjid, 20 orang pelajar Kemahiran Shah Alam didatangkan dengan sebuah bas bagi memeriahkan majlis diadakan serta peserta dan penduduk setempat. Sempena dengan majlis ini diadakan pertandingan menjahit, melukis bagi kanak-kanak, urut, potong rambut dan pemeriksaan kuku – khas untuk wanita dan percuma. Demonstrasi jahitan oleh pihak Singar juga diadakan.
salam..ada kekosongan lagi tak utk sertai kelas jahitan tu?
ReplyDeletePn Inspirasi Abadi,
ReplyDeletekelas jahitan di Sg Ramal Luar ni dah hampir ke penghujung.
tapi ada satu lagi kelas yg mungkin akan atau baru bermula di Desa Surada.
Sila hubungi Puan Zaiton 0179926246 untuk maklumat lanjut.
terima kasih.