February 5, 2012

Sambutan Tahun Baru Cina Di Kajang Raya Menceriakan Warga Emas Dan Anak-Anak

Padang Awam, Kajang Raya, (DUN Bangi), 11 Rabiul Awal 1433 = 04 Februari 2012 (Sabtu):

Puncak daripada sambutan Tahun Baru Cina 2012 – Tahun Naga Air, yang dianggap tahun kemakmuran, disambut di sini mulai jam 2.00 – 4.00 petang dipuncaki dengan penyampaian ang pau barangan hamper dan wang kepada warga emas yang berjumlah lebih dari 100 orang yang disampaikan oleh Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bersama Adun Bangi Y.B. Dr. Shafie bin Abu Bakar, diikuti kemudiannya dengan penyampaian ang pau sampul duit kepada anak-anak yang datang berjumlah lebih dari 500 orang.

Sambutan di padang awam di sini dengan mendirikan berpuluh buah khemah, penduduk dan mereka yang datang tiba seawal jam 1.30 tengahari. Majlis sebenarnya bermula dari jam 2.00 petang dengan ketibaan Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar diikuti Y.B.Teo Nie Ching, mereka berdua sebagai Tuan Rumah disambut dengan Tarian Sepasang Singa dan diiring ke hadapan majlis. Kemudian tamu-tamu kehormat tiba terdiri dari Y.B.Che`gu Lee Kim Sin Adun Kajang, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj (YDP Pas Serdang), saudara Adram Musa Ahli MPKj, Saudara Yusoff Bachek Ahli MPKj, saudara Narayanan Ahli MPKj dan En. Lee Learn Eng Ahli MPKj.

Cuaca baik dengan hari sedikit redup dan tidak begitu panas, tamu-tamu yang berbagai-bagai kaum, tetapi lebih ramai kaum Cina memenuhi khemah yang didirikan dengan Majlis Pembukaan dengan tarian Singa sebagai penghormatan kepada tamu-tamu VIP dan juga semua hadirin. Anak-anak nampaknya excited dengan Tarian Singa yang dapat didekati dan dijamah mereka.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar yang mengalu-ngalukan kehadiran penduduk dan tamu-tamu. Menurut beliau usaha menjemput orang ramai dilakukan sebelum ini seperti ke Pasar Kajang, Pasar Kwantong, Sungai Chua ke Kg. Baru, Pekan Bangi, ke Pasar Malam Langat Jaya dan ke Pasar Malam Taman Jasmin adalah berbaloi dengan kehadiran ramai jemputan. Dr. Shafie menyebut sambutan sedemikian memang diadakan setiap tahun secara giliran dari setempat ke setempat berubah setiap tahun. Adun Bangi memang sering datang di sini menyampaikan khidmat bakti yang akan diteruskan. Beliau berkata, ``Kita bekerja berterusan dari masa kita diberi mandate hingga kini, tidak bermusim seperti BN kini menabur duit secara semasa untuk mendapat sokongan pengundi. Mereka tidak jujur. Guna wang begitu banyak melalui BRIM dan hadiah kepada pelajar-pelajar. Tetapi wang pinjaman pelajaran mau dihapuskan kerana tiada kewangan, lantaran wang digunakan tidak kena cara dan tempat.

Y.B. Teoh Nie Ching yang bercakap dalam bahasa Malaysia dan Cina memuji penduduk setempat yang datang beramai-ramai. Menurutnya Pakatan Rakyat banyak memberi faedah kepada rakyat dari Skim MES, Air Percuma, Anak Masuk Universiti, Pinjaman Pelajaran, Skim Tawas, Warga Emas dan berbagai-bagai. Beliau berharap penduduk di Kajang Raya dan di tempat lain terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah dan banyak lagi membuat kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi jika dapat menguasai peringkat Federal.

Y.B. Che`gu Lee Kim Sin, menyebut Kajang Raya tempat kediaman beliau di sini sebelum ini. Beliau hadir antaranya mau menemui kawan lama yang telah memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan dan beliau berharap sokongan akan terus diberikan. Turut bercakap ialah Ustaz Shafie Ngah selaku YDP Serdang yang memohon dari penduduk terus memberi sokobngan kepada Pakatan. Kita di dalam Pakatan mempunyai kerjasama yang baik. Contohnya sebagaimana sambutan pada hari ini yang merupakan kerjasama Pakatan Rakyat. Kerjasama sedemikian akan diteruskan sekiranya penduduk terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Selepas ucapan dan penyampaian ang pau jamuan rakyat dimulakan. Terbayang keriangan di wajah mereka yang hadir. Majlis bersurai jam 4.00 petang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment