February 15, 2012

Setahun Projek Sekolah Menengah Sungai Ramal Tertangguh: Usaha Memulihkannya

Sungai Ramal Luar, 20 Rabiul Awal 1433 = 13 Februari 2012 (Isnin):

Sekolah Menengah Sungai Ramal ini dianggap kritikal bagi menampung kekurangan tempat bagi pelajar-pelajar berdekatan dan pelajar-pelajar dari sekurang-kurangnya lima buah sekolah rendah yang berada berdekatan dengan Sekolah Menengah bakal didirikan iaitu Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, Sungai Ramal Luar, Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, Sekolah Cina, Sungai Chua, Sekolah Kebangsaan Jalan 7 BBB dan Sekolah Kebangsaan Dato` Abu Bakar Baginda, Pinggiran Putrajaya. Tanah seluas 6.41 hekter di sini dikenalpasti sebagai tapak Sekolah menengah berkenaan dan pada dasarnya sudah digezetkan bagi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal. Bahkan kontrek pembinaan sebagai Project Selective Tender diberi kepada Syarikat Karib Serasi dengan kos RM25 juta bagi membina 24 bilik darjah. Kerja-kerja awal meratakan tanah telah dilakukan sejak 21 Februari 2011 dan dijangka siap pembinaan pada 22 Februari 2012, iaitu mengambil masa 13 bulan.

Walau macam mana sesudah projek dimulakan diarah diberhentikan kerja oleh MPKj sejak 23 Mei 2011. Isu utama ialah kerana Tapak Projek belum mendapat title PTG dan pembinaan disifatkan sebagai illegal dan boleh didenda. Ini menyebabkan projek pembinaan tertangguh. Permohonan dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia kebenaran dari Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor sejak Disember 2011. Pihak Kementerian memohon Kebenaran Masuk Awal bagi melaksanakan projek pembangunan Sekolah di bawah RMK Ke 10 itu. Kuasa adalah pada kerajaan negeri bagi kebenaran menyambung kembali kerja pembinaan.

Petang ini YB Dr. Halimah Ali selaku Wakil Menteri Besar dan selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan berjanji turun ke tapak bagi menyelesaikan masalah. Menunggu di tapak ialah En. Zahari Timbalan Pengarah Pelajaran, Tuan Hj. Ma`mur dari Setiausaha Kementerian Pelajaran, Wakil dari PPD Daerah Hulu Langat, YB Dr. Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi yang Sekolah berkenaan terletak di dalam kawasan DUNnya, Tuan Haji Mohd.Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kampong Sungai Ramal Luar dan pegawai-pegawai. Menurut Dr. Halimah sekatan dibuat dengan tujuan untuk mendapat data bersepadu dan mempastikan kelulusan diberi benar-benar diikuti dan tidak diselewengkan. Misalnya ada yang dibenarkan untuk persekolahan, tiba-tiba naik bangunan komersil. Demikian, kita tak mau tanah diluluskan pembinaan Sekolah terbiar dan tidak dibangunkan.

Dari perbincangan nampaknya bagai dapat diselesaikan. YB Dr. Halimah mau maklumat data dilakukan secara serentak dengan kebenaran diberi oleh pihak MPKj yang meminta kontrektor ke MPKj bagi mengambil surat kebenaran yang membolehkan kerja kembali dimulakan.

Sementara itu akibat dari pembangunan tapak Sekolah di sini penduduk di Taman berdekatan tapak menghadapi masalah, mereka kehilangan tempat gerej kereta. Jika kenderaan di simpan di tepi jalan perumahan, mereka menghadapi bahaya, jalan terlalu sempit dan jika berlaku kecemasan, sukar bagi bomba masuk kerana sempit. Oleh itu penduduk memohon pertimbangan wajar agar ada ruang bagi kenderaan mereka dapat disimpan. Tetapi menurut pihak perancang, ruang parking diwujudkan bagi kawasan setiap rumah, tetapi sebarang permohonan pampasan tidak dilayan.

Sekian.

2 comments: