Pagi ini turun ke Sungai Ramal menyertai Lajnah Kebajikan di bawah pimpinan Ketua Kumpulan Puan Hajah Zaiton membuat lawatan-lawatan, pada masa yang sama pihak pimpinan parti mengadakan gerak gempur dan bergerak dari Balairaya di sana. Antara tempat lawatan utama kebajikan yang dipimpin oleh kumpulan muslimat ialah menziarah Pasti Al-Abrar di Bukit Radhi, Sungai Ramal Dalam. Pasti ini mengalami kerosakan atap akibat ribut yang berlaku pada hari Tahun Baru Cina (23 Januari) sebagaimana sebuah rumah ditimpa pokok kelapa pada hari yang sama sebagaimana telah diziarah oleh Adun. Ketibaan rombongan kebajikan pada jam 1.00 tengahari disambut oleh guru pasti di sini Ustazah Yusrinah dan Pengerusi Encik Ahmad Nizam bin Omar dan beberapa yang lain. Kami melihat bahagian tengah atap Pasti ini yang rosak (masa itu sudah dibaiki).
Pasti Al-Abrar telah dibuka pada 1 Muharram 1419 = 29 April 1998 di atas tanah yang dibenarkan oleh pemiliknya ( En. Darwish) menggunakannya. Guru pertamanya ialah Ustaz Abu Bakar Yam. Kini Pasti ini mempunyai 44 murid dengan dua orang guru. Kami melawat ke dalam kelas yang hnya mempunyai dua ruang, tanpa bilik guru. Keadaan dalaman agak sederhana. Kami difahamkan sebahagian dari murid-murid di sini adalah dari kalangan anak-anak pekerja Indonesia yang tinggal sekitar di sini. Adun sampaikan sejumlah bantuan bagi menampung kos kerosakan atap yang telah diperbaiki.
Sebelum dari menziarah ke Pasti Al-Abrar ini Adun mengikuti rombongan kebajikan dari kalangan muslimat, beberapa lelaki – melawat dari rumah ke rumah yang terletak di beberapa jalan di Sungai Ramal Dalam iaitu:
1) Jalan Datuk Dagang
2) Jalan Nazir
3) Jalan Saujana
4) Jalan Selamat
5) Jalan Dusun
6) Jalan Imam
7) Jalan Masjid
8) Desa Surada
9) Bukit Radhi
Seramai lima belas orang warga emas, yang uzur dan yang sakit dapat kami ziarah dalam masa antara jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.
Mereka ialah Abang Mat Piah, En. Abdul Halim, Puan Hamidah bt. Haji Daud, Puan Ani Mohd. Yusof dan suaminya En. Ismail, Puan Rugayah dan suami En. Abdul Rahim bin Yusof, Puan Nor Ashikin, Wak Rahmat dan isterinya Puan Saniah, Puan Umi Kalsom dan suami En. Misri bin Haji Marwi, En. Alif Zakuan dan Puan Yusrinah.
Berbagai masalah kesihatan dihadapi oleh mereka yang kami ziarah, antaranya kolestrol tinggi, lumpuh, sakit jantung, tak dapat berjalan dan berbagai lagi. Kunjungan kami disambut baik oleh pesakit dan keluarga mereka. Kami sampaikan cenderahati dan sedikit kewangan tanda ingatan. Dengan ziarah ini diharap menceriakan mereka di samping memberi keinsafan kepada kami.
Sekian.
No comments:
Post a Comment