Jam 3.30 petang di tengah hujan Y.B. Iskandar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan tiba di Perumahan Klise Ria, Sungai Tangkas. Y.B. Iskandar dan pengiring-pengiring dan pemberita-pemberita yang kesemuanya berjumlah 20 orang berlindung di bawah salah satu apartment yang terbiar dengan sampah, bahan binaan dan rumput lalang. Adun Bangi tiba sedikit lewat ketika Y.B. Iskandar sedang diinterview oleh para pemberita. Apartment yang terdiri dari 5 blok dengan 500 unit rumah ini didirikan pada tahun 2002 di atas tanah seluas 6.7 ekar. Pembelinya seramai 420 orang. Mereka bukan dari kalangan penduduk Bangi-Kajang sahaja, tetapi dari berbagai tempat di negeri Selangor, bahkan dari luar Selangor. 80 unit lagi masih dipegang Pemaju (belum dijual). Pembeli-pembeli meminjam wang dari bank-bank bagi membayar bayaran bulanan RM300 sebulan bagi melunaskan harga apartment berjumlah RM42,000 itu. Lokasi bagi perumahan ini begitu merarik, kerana terletak di atas bukit, berdekatan dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan kemudahan pengangkutan kerana berdekatan dengan stesyen bas Jalan Reko dan juga komuter UKM.
Y.B. Iskandar turun untuk mendalami kedudukan, bahkan penyelesaian, jika dapat dilakukan. Perumahan di sini - tiga bilik satu unit sebenarnya sudah 80% siap. Untuk menyiapkan keseluruhan memerlukan 3 juta untuk plaster bangunan dan 3 juta lagi bagi infrastruktur. Menurut Pemaju, mereka tidak dapat menyiapkan projek kerana kekurangan dana. Mereka mengharapkan pihak kerajaan Negeri tolong. Tetapi menurut Y.B. Iskandar, ``Kita tak boleh keluarkan bantuan selagi masih ada pemilik. Kerana dengan demikian kita seolah-olah menolong pemaju. Satu cara ialah dengan mengambilalih hartanah, Oleh kerana selama ini banyak ketinggalan dari segi bayaran cukai. Jika pengambilalihan dilakukan, maka kerajaan boleh teruskan binaan atau runtuhkan yang lama serta membuat bangunan yang baru yang lebih canggih dan menjual mengikut pasaran serta lebih menguntungkan.`` Menurut Y.B.Iskandar, ``Kita memberi tempoh dua minggu kepada pemaju untuk respond datang untuk rundingan dan menemui MPKj bagi menyelesaikan masalah terbengkalai.
Menurut Y.B. Iskandar, ``Kita tidak boleh memaksa pembeli menambahkan kos, walaupun ini adalah satu cara bagi menyelesaikan masalah dana, kerana ini adalah bersalahan dari akta rumah kos rendah. Kita mendapat maklumat pemaju mau jadikan bahagian bawah sebagai kedai, bagi menampung kos. Menurut Y.B. Iskandar, ``Mereka perlu respond dan datang untuk berunding, jika tidak pengambilan alih terpaksa dilakukan bagi mengatasi masalah terbengkalai. Jika pihak pemaju ingkar, maka akta perundangan akan dirangka yang membolehkan pemaju yang tidak bertanggungjawab diseret ke mahkamah dan dituduh di bawah kesalahan criminal.
Sekian.
Moga dapat dipercepatkan penyelesaiannya..Amin
ReplyDelete* Terima Kasih YB
FB : aparmtent kelisa ria bangi (pembeli)
ReplyDelete