January 12, 2011

Menyampaikan Cek RM20,000 Kepada Encik Panisivam Pengerusi Kuil Seri Mariaman - Pekan Bangi

Pekan Bangi, 04 Safar = 09 Januari (Ahad):


Jam 5.00 petang Adun bertolak ke Kuil di atas dan tiba lima belas minit berikutnya disambut antaranya oleh En. Panisivam Pengerusi Kuil Seri Maha Mariaman, En. Subramaniam Timbalan Pengerusi, En. Manugaram Bendahari, En. Nathan Setiausaha, beberapa AJK dan dihadiri sama Tuan Haji Sukaimi Pemangku Ketua Cawangan Pas Pekan Bangi, saudara Zul AJK dan beberapa pengiring yang lain.


Majlis berlangsung secara ringkas dalam mana En. Panisivam mengucapkan terima kasih terhadap kerajaan Negeri Selangor dan Adun Bangi kerana sudi membawa cek peruntukan yang telah dimohon oleh AJK sejak beberapa bulan lalu. Pembangunan Kuil Seri Maha Mariaman menurut En. Panisivam telah berlangsung sejak bertahun-tahun dan masih belum siap. Perbelanjaan sudah melebihi satu juta ringgit dan belum siap dan memerlukan dana. Terima kasih kepada kerjaan negeri yang memberi sumbangan RM20,000. Dengan sumbangan ini menurut En. Panisivam dapat menyegerakan siapnya bangunan.


Adun Bangi dalam ucapan ringkasnya, berkata,

``Kerajaan negeri adalah bersifat prihatin dan memberi bantuan kepada semua pihak. Tuan-tuan sebagai rakyat Negeri Selangor yang memberi sumbangan kepada hasil negeri dan membayar cukai sememangnya berhak mendapat sumbangan sebagaimana yang disampaikan pada hari ini. Kita mau semua rakyat menikmati sama kemakmuran negeri yang sama-sama kita bina. Tuan-tuan juga berhak mendapat berbagai kemudahan dan skim yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat negeri Selangor seperti Skim Usia Mas, bantuan kesihatan, pelajaran, air percuma, pinjaman pelajaran dan pinjaman credit kecil keusahawanan.. Bersama-sama kita membina dan menyokong sama di atas kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.``


Selain daripada itu Adun mengingatkan kepada pihak AJK Kuil, bahawa kita berterima kasih kepada pihak UKM yang memang telah mengeluarkan surat kebenaran kepada pihak masyarakat India menggunakan sebahagian dari tanah UKM yang dibina kuil ini. Saya sendiri, kata Adun membaca surat berkenaan. Kebenaran ini kata Adun, memandangkan tuan-tuan orang asal tinggal di Bangi dan memberi kerjasama apabila tapak UKM dipilih di sini dan setengah terpaksa berpindah ke tapak dan lokasi baru. Atas kerjasama ini pihak UKM membenarkan sebahagian dari tanahnya digunakan oleh masyarakat India mendirikan bangunan kuil di sini.


Walau macam mana Adun memberi tahu dan mengingatkan, sebulan yang lepas Adun menerima surat dari UKM mengadu, tentang kerosakan tanah bersempadan dengan UKM, iaitu penggalian tanah dan dilambakkan ke dalam kawasan tanah UKM. Selain dari kerosakan landscape, turut mencemar alam sekitar dan berlaku aliran lumpur turun ke jalan bila berlaku hujan lebat. Sebab itu Adun mengingatkan, perlu dijaga dan jangan merosak dan mencemarkan kawasan UKM. Menjaga sempadan dengan tanah UKM bererti menjaga keindahan kawasan kuil juga. Adun mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberi oleh AJK Kuil.


Dalam majlis ringkas itu Adun menyampaikan cek seharga RM20,000 kepada Pengerusi Kuil En. Panisivam.


Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment