January 2, 2011

Pagi Tahun Baru Turun Edar Kalendar, Buletin Bangi Dan Selangor Kini

Pasar BBB, 26 Muharram 1432 = 01 Januari 2011


Jam 8.30 pagi Adun Bangi bersama satu pasukan berjumlah 10 orang AJK Adun turun ke Pasar Basah Bandar Baru Bangi yang amat berdekatan dengan Pejabat Adun. Pasukan berkenaan membawa bahan-bahan maklumat berikut:

1) Kalender bagi tahun 2011 = 1432 Dikeluarkan oleh Pejabat Adun
2) Buletin Bangi terbaru Dikeluarkan oleh Pejabat Adun
3) Selangor Kini terbaru. Dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor

Kami menemui orang ramai yang sedang makan pagi di warung-warung, yang sedang membeli di pasar, bahkan siapa saja yang kami temui di dalam kawasan pasar. Setiap orang yang kami temui kami hadiahkan ketiga-tiga bahan maklumat tersebut. Orang ramai nampaknya `exited` dengan kehadiran kami menghadiahkan bahan-bahan berkenaan dan ada yang meminta lebih dari satu package maklumat yang kami serahkan untuk dibahagi kepada keluarga dan kenalan masing-masing. Ada beberapa orang yang diberi bahan-bahan berkenaan menolak kerana takut kena bayar dan ada yang bertanya harga, tetapi selepas kami maklumkan, bahawa bahan-bahan berkenaan diberi secara percuma, mereka agak terkejut dan menerimanya dengan baik.
Mengedarkan bahan-bahan maklumat sedemikian bukanlah perkara baru, setiap ada bahan yang perlu diedarkan, Pasar Bandar Baru Bangi inilah menjadi tempat terawal menjadi sasaran awal edaran, kerana inilah tempat orang ramai datang bagi membeli belah yang terdekat dengan pejabat Adun. Selepas itu bahan-bahan berkenaan baru diedar di tempat-tempat yang lain baik di pasar-pasar, pasar-pasar malam dan di mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

Dengan tenaga yang agak ramai, dalam masa lebih kurang setengah jam, kami berjaya mengedarkan lebih kurang 300 pekej bahan-bahan berkenaan. Bila sebahagian dari bahan-bahan berkenaan kehabisan, pengiring-pengiring kami berkejar ke pejabat bagi mengambil bahan-bahan tambahan. Selepas hampir satu jam mengedarkan bahan-bahan berkenaan Adun memohon diri, kerana perlu ke program lain yang sedia diaturkan, manakala AJK yang mengiring terus membahagikan bahan-bahan maklumat berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment