January 13, 2011

Turun Meninjau Masalah Di Sungai Ramal Luar

BBB, 01 Safar = 06 Januari (Khamis):

Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kg. Sungai Ramal Luar sebelum ini turun ke pejabat Adun membawa beberapa aduan yang menggerakkan Adun turun jam 4.00 petang hari ini bagi menyaksi dan mempasti perkara-perkara yang berhubung dengan aduan:

1) Pertemuan dengan peniaga-peniaga warung di Taman Kenari, Sungai Ramal Luar, bahawa warung-warung mereka musnah dibungkar oleh pihak Penguatkuasa MPKj. Turun ke sini pada petang ini selain Adun, Encik Yusof Bachek Ahli MPKj Zon 21, Tuan Haji Yusof , peniaga-peniaga sejumlah 15 orang. Turut hadir beberapa pekerja penguatkuasa. Penjaja mendakwa pihak MPKj tidak memberi notis secukupnya dan datang mengejut menyebabkan berlaku kerosakan peralatan. Mereka mau tempat mereka dipulihkan dan barang-barang yang dirampas dikembalikan. Walau macam mana kedudukan mereka dianggap mengganggu lalu lintas dan banyak mencanggahi peraturan. Selepas salat Asar kami melawat tapak cadangan. Pihak MPKj akan membincangkan tapak cadangan disatukan di Jalan Dalam tepi kedai di Taman Kenari.

2) Melawat tapak rumah dua orang ibu tunggal warga mas, mereka mendakwa, mereka tinggal di atas tanah, tidak jauh dari balairaya sejak lama dulu. Apa yang mendukacitakan sejumlah penghuni tapak-tapak berdekatan telah membuat permohanan kepada Kerajaan Pakatan melalui Adun Bangi dan telah lulus, sebaliknya nama mereka berdua ketinggalan. Usaha sedang dilakukan agar tapak rumah yang mereka diami digezetkan sebagai tanah mereka.

3) Melawat tanah tol Mariam & Normala Nursery, yang mendakwa mendapat kebenaran menyambung selama tiga tahun lagi ? Tanah berhampiran Surau Talabiah ini dipagar dan menghalang lalulintas. Pihak berkenaan diminta merobohkan pagar bertembok. Tindakan meroboh telah dilakukan. Menurut aturan tidak ada tanah tol diberi keizinan mengguna sampai tiga tahun sekali gus. Lesen perlu dibaharui setahun demi setahun. Maklumat dari Haji Mohd. Yusof keizinan tol tanah berkenaan telah ditarik balik .

Perkara-perkara di atas akan dibawa ke perbincangan lanjut hingga kedudukan jelas dan usaha mengatasi masalah akan dilakukan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment