March 31, 2011

Adun Bangi Berlawan Futsal Bersama Anak Muda

Sungai Tangkas, BBB, 22 Rabiul Akhir = 27 Mac (Ahad):


Adun malam ini hadir ke Vrox Sport Centre, Sungai Tangkas, BBB berlawan futsal bersama anak-anak muda yang turun bermain dengan pasukan masing-masing pada malam ini.. Hadir bersama ialah saudara Dahari Timbalan Pengerusi Lajnah Sukan Kabinet Mini, saudara Khairi, Azizi dan beberapa lagi.


Pihak Adun sebagaimana dimaklumkan bahawa pihak Adun menempah ruang-ruang futsal pada waktu malam minggu bagi membolehkan anak-anak muda bermain futsal setiap malam Ahad dari jam 10.00 sehingga 11.00 malam bagi dua ruang secara serentak.


Sewaan dibuat bagi malam-malam minggu mulai awal Februari hingga akhir Mac 2011. Penyewaan melibatkan beberapa ruang futsal berlainan tempat iaitu :


BIL

TEMPAT

KEKERAPAN

1

Seksyen 15

3

2

Sungai Chua

2

3

Sungai Tangkas

2

4

Seksyen 15

4


Pasukan-pasukan futsal golongan muda yang mengambil bahagian kali ini adalah 20 pasukan yang gilirannya diatur supaya tidak berlaku pertembungan. Pertemuan futsal pada malam ini telah diumumkan bahawa pertandingan futsal akan diadakan pada 4 April 2011 pada jam 9.00 pagi. Keutamaan penyertaan diberikan khusus kepada pasukan-pasukan yang pernah bermain pada waktu-waktu penyewaan oleh Adun Bangi. Terdapat 2-3 pasukan yang sempat bermain pada malam tersebut.


Futsal bukan sahaja menyihatkan badan malah dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli pasukan yang bertanding.


Sekian.

No comments:

Post a Comment