March 29, 2011

DYMM Sultan Selangor Rasmikan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor

Dewan Negeri Selangor, 23 Rabiul Akhir = 28 Mac (Isnin):


DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Negeri Selangor pagi ini menyampaikan titah ucapan merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke Empat Sidang Dewan Negeri Selangor Kali Ke 12 di Bangunan Sidang Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.


Sebelum dari itu ketibaan Baginda disambut oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat Dato` Teng Chang Khim, Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor. Baginda memeriksa Istiadat perbarisan Pasukan Pemeriksaan Kawalan Utama di Pekarangan Dewan Negeri. Baginda juga sudi bergambar dengan Ahli-Ahli Dewan Negeri sebelum merasmikan Sidang.


Dalam Ucapan Perasmian baginda yang kali ini agak ringkas, tetapi padat, Baginda menekankan 25 perkara penting:

  1. Dewan Negeri adalah medan terbaik bagi membicarakan isu-isu negeri Selangor, khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat dan bersifat akar umbi.
  2. Ahli Dewan perlu bicara persoalan dasar yang memberi impak kepada kehidupan rakyat. Jangan hanya meluluskan perbelanjaan, tetapi hendaklah disertai tindakan perlaksanaan.
  3. Sebarang pengenalan, pindaan atau penghapusan sebarang enekman hendaklah dibahas secara mendalam, demokratik, intelektual dan mementingkan rakyat. Jangan sampai bercanggah dengan perlembagaan negeri dan Persekutuan.
  4. Ekonomi Negeri memperlihatkan peningkatan pada kadar 7.2% pada 2010. Pertanda Selangor makin makmur.
  5. Selangor memberi sumbangan kepada pendapatan Negara sebanyak 21%
  6. Pada tahun 2010 Selangor menjana pendapatan dari industri sebanyak RM10.64 bilion dengan menjana kemasukan 325 projek industri. Iaitu bertambah 47 industri berbanding dengan tahun sebelumnya.
  7. Kita kena mengambil kira kesan konflik global dan kesan ekonomi dunia dengan berhemah dalam perbelanjaan dan elak dari pembaziran.
  8. 2011 Selangor bergantung pada kecekapan pengurusan sumber negeri, perbelanjaan yang cekap, modal insan dan melestarikan pembangunan negeri dengan baik dan berkesan.
  9. Sumber negeri hendaklah diuruskan secara bijaksana untuk mendapat pulangan optima agar dapat diberi pulangan kepada rakyat, ``Kita tak dapat berikan sesuatu, sekiranya kita tidak mempunyai sesuatu.``
  10. Kita menawarkan Mikro Kredit Luar Bandar (RM50 juta) dan Mikro Kredit Bandart (MIMBAR) sebanyak (RM20 juta) bagi membantu pengusaha-pengusaha dan peniaga-peniaga.
  11. Selangor menubuhkan bank data tanah bagi memudahkan pengurusan dan pembangunan. Dari perancangan yang lebih cekap meningkatkan hasil cukai dari 75% kepada 80%. Diharap sasaran kutipan hasil pada tahun ini dapat dicapai kepada jumlah RM152 juta.
  12. Tumpuan diberi agar Selangor menjadi negeri selesa didiami seperti mengatasi masalah kepadatan, kelestarian alam sekitar, bersih, hijau dan selamat.
  13. Tegakkan amanah, basmi kecurangan, tegas dalam memerangi salahlaku agar budaya pentadbiran dipercayai dan dihormati.
  14. Perhatian perlu diberi kepada perkhidmatan awam yang cekap, sistem pengangkutan yang teratur, telekomunikasi yang lengkap, pengurusan air dan alam sekitar yang mapan.
  15. Kadar jenayah menurun, perlu kerjasama dengan polis di dalam memberi dan mendapat maklumat di samping menggunakan alat cctv dan lain-lain bagi mengatasi jenayah.
  16. Pihak pemerintah menziarah kerajaan tempatan dan memahami masalah rakyat. Daripada dapatan akan diterbitkan buku ``Agenda Selangor Untuk Rakyat (ARUS 2011 – 2013). Jangan hanya sebagai hasil akademik, tetapi hendaklah bersifat tindakan. Jangan jadikan masalah birokrasi sebagai halangan. Sebaliknya hendaklah membantu memudahkan pengurusan.
  17. Perlu diberi perhatian kepada peningkatan peluang pekerjaan. Ianya merupakan penunjuk pembangunan yang penting.
  18. Fokus perlu diberi kepada penambahan pendapatan rakyat dengan kenaikan harga dan kuasa beli rakyat makin menurun dan makin melebarkan jurang antara kaya dan miskin.
  19. Greater Kuala Lumpur dan Klang Valley hendaklah bergerak secara win win situation. Beri juga peluang bagi sector swasta bergerak lebih aktif.
  20. MRT Sungai Buluh – Kajang (60 km.) akan dibina, kurangkan ketidakpuasan hati rakyat, terutama bagi pemilik-pemilik hartanah, di samping memberi faedah kepada 400,000 pengguna dan 130,000 peluang pekerjaan.
  21. Pembangunan Sungai Kelang hendaklah memberi manfaat kepada banyak pihak. Jadikan dia sebagai `River of Life`.
  22. Perlu pertahan dan pertingkatkan nilai kekeluargaan. Menambah baik keperluan kegiatan keagamaan. Tidak diskriminasi agama, keturunan, kaum dan gender.
  23. Hendaklah diberi perhatian pada promosi seni, kebudayaan dan warisan negeri

Selangor

  1. Wakil Rakyat hendaklah jadi contoh dan ikutan. Patuhi undang-undang Negara dan negeri.
  2. Jadikan Selangor terbaik dalam semua aspek sesuai Selangor sebagai negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan berkebajikan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment