Pagi ini Adun Bangi ke Pekarangan Apartment Taman di atas bagi merasmikan Persatuan Penduduk yang sepatutnya jam 9.00 pagi. Setelah menunggu terdapat lebih kurang 10 penduduk yang turun dan majlis dijalankan jam 9.30, kerana Adun tidak dapat menunggu, kerana mempunyai program yang lain.
Menurut Encik Saharin Jumali, Pengerusi Penduduk jumlah keahlian Persatuan Penduduk adalah seramai 30 orang pemilik (tidak termasuk penyewa). Yang datang selain dari En. Saharan, ialah En. Othman bin Hanif dan beberapa AJK yang lain dan ahli.
Saudara Saharin di dalam kata-kata aluan menyebut keperluan penduduk setempat seperti diwujudkan sebuah kontena untuk menjadi pejabat. Aduan tentang sampah dan kebersihan. Persatuan juga menurutnya bercadang mengadakan sukan.
Adun Bangi mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan memuji persatuan penduduk yang prihatin terhadap masalah penduduk setempat seperti masalah perumahan, keselamatan dan sebagainya. Beliau berkata, ``kita perlu hidup berjamaah. Melalui kerjasama, banyak masalah yang dapat di atasi. Beliau menggesa persatuan kerap mengadakan aktiviti dengan penduduk dan penghuni . Dengan adanya persatuan setempat membuka ruang lebih banyak bagi berkenalan dan dapat mengadakan misalnya gotong royong dan sebagainya.
Berikut dari perasmian Adun menyampaikan Cek seharga RM500 untuk diadakan kegiatan kemasyarakatan bagi persatuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment