Pejabat Adun Bangi, 10 Rabiul Akhir = 15 Mac (Selasa):
Ahli Majlis Mesyuarat Khidmat Masyarakat yang terdiri dari Ahli-Ahli MPKj dan Ketua-Ketua Kampong di bawah DUN Bangi dan AJK-AJK yang lain diberitahu bahawa pihak Jabatan Veterinar Daerah Hulu Langat menawarkan Kursus Menternak Kambing dengan kerjasama Pejabat Adun Bangi. Mereka dikehendaki menyampaikan maklumat berkenaan kepada ahli kariah masing-masing. Maklumat kursus adalah sebagaimana berikut:
Tarikh: 27 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Bilik Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Dataran Usahawan
(Berdekatan Pejabat Adun Bangi).
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Peserta: 60 orang – Terbuka bagi Daerah Hulu Langat
Keutamaan kepada mereka yang sedang menternak kambing atau sekurang-
kurangnya berminat menternak
Kursus: percuma
Yang berminat, sila hubungi Ketua Kampong masing-masing atau terus
berhubung dengan Pejabat Adun Bangi – Tel: 03 8925 0891
Kursus: - Terdiri dari dua sesi:
8.00 - 9.30 - Pendaftaran
9.30 – 10.30 - Berkenalan, Perasmian & Minum Pagi
10.30- 11.30 - Pengurusan Penternakan Kambing Secara Sistematik
11.30- 1230 - Pengurusan dan Rawatan Penyakit Kambing Secara Efektif
12.30- 1.00 - Sesi Dialog/Soal Jawab
- Makan tengahari
- Bersurai
(Minum pagi dan makan tengahari disediakan – percuma).
Objektif Kursus:
1. Untuk memberi pendedahan kepada penternak kambing tentang sistem pengurusan yang baik dan bebas penyakit
2. Mendedahkan penternak kepada sistem pemasaran yang berorientasikan keuntungan sejajar dengan moto - ``Pertanian Adalah Perniagaan``.
3. Memberi peluang kepada peserta bertukar fikiran dan pandangan dengan pengusaha-pengusaha lain.
Sekian.
Bilakah lagi nak buat kursus menternak kambing PERCUMA bulan ini Julai 2012?
ReplyDeleteHajeed Ahmad Basri, kursus percuma ini adalah anjuran dari Jabatan Veterinar.
ReplyDeletesekiranya pihak mereka ingin mengadakannya sekali lagi di Bangi, pihak Adun sentiasa mengalu-alukan.
Setakat ini, belum ada tawaran kursus seperti ini lagi.
Harap maklum.
*akan dimaklumkan kpd AJK Kabinet untuk mengusulkan permintaan ini kpd Jabatan Veterinar.
Terima kasih.