Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi, 15 Rabiul Akhir = 20 Mac (Ahad):
Jawatankuasa Pemuda Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi di Ketua Abang Ahmad hari ini mengadakan kegiatan sukan futsal di kalangan anak muda di sini sejak pagi hingga ke tengaharinya. Enam buah pasukan berjaya dikumpul dan bertanding bagi merebut hadiah pertama hingga ke tiga yang berakhir pertandingan pada jam 11.00 tengahari.
Berikut dari pertandingan dan sebelum menyampaikan hadiah diadakan ceramah dan dialog keselamatan Bandar Baru Bangi yang disampaikan oleh Inspektor Zubir selaku Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi yang sasarannya adalah golongan muda yang masih bersama lebih kurang 50 orang. Hadir bersama dalam Majlis Penutup ialah Ustaz Shafie Ngah Timbalan YDP yang juga Ahli MPKj, Tuan Haji Banhawi, Afiq dan beberapa orang veteran.
Inspektor Zubir dalam ceramah keselamatannya merasa gembira kerana pada kali ini beliau berpeluang bercakap secara langsung di hadapan golongan muda. Beliau menyampaikan nasihat:
a) Golongan muda jangan mengasingkan diri, tetapi bergaul dan bergiat dalam masyarakat seperti kegiatan sukan hari ini. Bila seseorang mengasingkan diri dia terasing dan mungkin terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat dan boleh membawa ancaman kepada penduduk setempat seperti mencuri mula-mula secara kecil dan akhir makin besar yang boleh membawa kepada pecah rumah, samun dan rompakan. Individu perlu bergaul selain dari bersukan, bergiat dalam pertubuhan seperti NGO dan keagamaan seperti ke masjid dan surau dan mengikuti pengajaran agama. Insya Allah dengan demikian terhindar dari kegiatan negatif.
b) Jangan dekati dan mencuba dadah, kerana sekali individu terjebak, sukar mencari jalan pulang. Masa depan yang terlibat akan runtuh dan rosak, baik dia sebagai pegawai atau buruh. Beliau menyebut di Batu 18 banyak penagih dadah. Tangkapan pernah dibuat dan tak kurang dari 30 orang ditangkap. Yang terlibat dengan dadah hilang rasa malu dan boleh bertindak secara abnormal termasuklah membawa kepada membunuh.
c) Menghisap dadah membebankan dari segi kewangan. Mula-mula mungkin memerlukan RM20 sehari, kemudian makin tinggi hingga RM200/= sehari dan begitulah seterusnya meningkat. Oleh kerana memerlukan duit terjebak di dalam jenayah. Bila terlibat dengan dadah dan jenayah sukar untuk dipulih dan menjadi baik. Dalam 100 orang hanya dua saja dapat dipulihkan.
d) Polis memerlukan kerjasama dengan masyarakat. Tanpa kerjasama dengan masyarakat sukar bagi kita menjalankan tugas. Beri maklumat kepada polis dengan datang ke Balai atau telefon terus. Saya, kata Inspektor Zubir tak pernah menutup telefon dan akan bertindak segera bila maklumat didapati memerlukan tindakan segera.
e) Jangan abaikan harta misalnya meninggalkan motosikal tidak berkunci. Jumlah penduduk di Bangi 120,000 – jumlah motosikal termasuk pelajar di universiti ialah 20,000 buah. Terlampau mudah untuk dicuri. Pencuri mencuri apabila ada yang memerlukan. Mereka memilih secara kebetulan dan rambang. Sayangilah harta kita dengan menjaganya secara baik.
f) Jika ada yang mencurigakan di tempat kita. Misalnya ada orang yang tak dikenali dengan keadaan mencuriga atau kegiatan di rumah-rumah tertentu hubungi polis. Beliau menyebut Adun menghubungi polis bila ada sesuatu yang mencurigakan. Pihak polis datang menyiasat.
g) Inspektor Zubir melaporkan pada keseluruhannya jenayah di Bandar Baru Bangi makin menurun. Secara kasar:
Menurut Inspektor Zubir tenaga di Balai Polis Bangi sentiasa ditambah:
Perjawatan sepatutnya di Balai Polis Bangi ialah seramai 136 orang. Pihak Balai akan berusaha melengkapkan keperluan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Adun Bangi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak menjayakan program terutama kepada Inspektor Zubir yang sudi datang menjayakan dialog dengan orang muda pada tengahari ini. Adun menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
Sekian.

No comments:
Post a Comment