Bank adalah institusi yang menguruskan kewangan dan kurang dikaitkan dengan kebajikan, kerana fokus utama ialah keuntungan, namun pada hari ini seperti kita difahamkan oleh Encik Anderson Yap Manager Kawasan, bahawa semua cawangan Maybank di seluruh Negara di arah mengadakan kegiatan Amal pada hari ini. Maka itu pada hari ini Maybank Cawangan Bandar Baru Bangi mengadakan Karnival Amal di pekarangan bank tersebut di Seksyen 16. Menurut En. Yap setiap bank dikehendaki mengambil temanya sendiri, sesuai dengan karnival Amal diadakan.
Pada hari ini Maybank Cawangan Bangi ini mengadakan Karnival di dataran bank, antaranya bagi membantu Sekolah Agama Lepai yang bersebelahan dengan Maybank. Sekolah Agama Lepai berhasrat membina bangunan tiga tingkat di atas tapak sekolah yang ada sekarang. Bagi mendirikan bangunan berkenaan memerlukan peruntukan RM3 juta. Pihak AJK Sekolah memang giat berusaha menghimpun dana dengan berbagai kegiatan. Kebetulan pihak Maybank mengadakan Karnival Kebajikan, maka pihak Bank bekerjasama dengan Sekolah Lepai mendapatkan dana melalui karnival yang diadakan. Pada hari ini dijualkan kupon-kupon derma di samping mempromosikan Maybank sendiri.
Pada pagi ini diadakan acara pembukaan Karnival Maybank dengan Adun Bangi diberi penghormatan merasmikan karnival berkenaan. Hadir pada Majlis ini Pengurus Maybank Negeri Tuan Haji Sulaiman, Pengurus Maybank Cawangan Bangi, iaitu Puan Hanita Binti Samian, Tuan Haji Mohd. Ghazali Abbas, Bendahari Pembangunan Sekolah Lepai yang juga Timbalan YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Ustaz Zul Nurain Guru Besar Sekolah di samping Encik Anderson Yap, Adun dan para jemputan yang hadir.
Dalam ucapan alu-aluannya Tuan Haji Sulaiman menyatakan, ``Di Hulu Langat terdapat 12 cawangan Maybank, dari Pandan Jaya hinggalah ke Semenyih. Bagi karnival yang diadakan ini, Maybank Bandar Baru Bangi dipilih menjadi Tuan Rumah.`` Menurut Tuan Haji Sulaiman lagi, ``Melalui karnival amal ini, kopun-kopun dijual dan hasil dari jualan kopun-kopun yang dijual akan diserah kepada Sekolah dalam majlis penutup Minggu Usahawan yang diadakan oleh pihak Sekolah.``Beliau mengucap terima kasih di atas kerjasama semua pihak, termasuklah para hadirin yang menjayakan karnival yang diadakan pada hari ini.
Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya memuji pihak Maybank yang prihatin terhadap jiran terdekat, iaitu Sekolah Agama Lepai. Prihatin pihak bank membawa kerjasama membantu Sekolah mencari dana bagi membiua Sekolah. Menurut Adun, ``Maybank sebagai institusi bank terbesar di
Tapi apa yang lebih penting, dengan siapnya bangunan Sekolah Lepai nanti, ianya lebih memberi peluang dan keselesaan kepada anak-anak kita yang belajar di Sekolah ini. Dengan adanya ruang yang banyak Sekolah ini kelak boleh mengorak langkah membuka pengajian pada peringkat menengah yang tempat amat kekurangan dan amat diperluai oleh pelajar-pelajar. Kata Adun, ``Tuan-tuan membuat kebajikan dan setiap kebajikan yang dibuat oleh tuan-tuan akan mendapat ganjaran dari Allah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan kebajikan yang dilakukan.
Berikut dari perasmian Adun diiringi En. Sulaiman, En.
Sekian.
No comments:
Post a Comment