Dua hari lepas Adun terima telefon menjemput Adun hadir ke Bangi Golf Resort di kaki bukit Hotel Equatorial Bangi jam 5.45 petang. Menurut jemputan bahawa YAB Tan Seri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar akan hadir di Resort tersebut bagi menemui golongan belia di
Adun hadir dalam keadaan tertanya-tanya apakah program yang akan dijalankan. Tetapi sebelum masuk ke ruangan perhimpunan, Adun bertembung dengan Datin Wan Azizah dan pengiring-pengiring sedang minum petang di bahagian anjung. Adun sempat bercakap dan bergambar. Terbetik dalam minda Adun, sudah tentu ada majlis penting, kalau tidak masakan Datin Wan Azizah hadir sama. Adun
Bila Adun masuk ke Dewan perhimpunan yang dihadiri lebih kurang 100 golongan anak muda. Difahamkan mereka adalah dari kalangan mahasiswa dari universiti-universiti berdekatan. Majlis bermula dengan teater spontan secara sindiran terhadap AUKU. Anak muda yang membela kawan yang teraniya – kerana tunjuk perasaan ditangkap kerana bertindak melanggari AUKU.
Selepas Datin Wan Azizah masuk semasa Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM) – Adun baru faham siapa penganjurnya, berjalan, (YB Dr.Yaakob Sapari sampai lebih kemudian) Majlis Pelontaran Idea bermula dengan Pngerusi Majlis saudara Amin menjemput Cikgu Bad sebagai panel pertama melontarkan idea (penal tidak terikat dengan sebarang tajuk & bebas mengexpresikan idea. Menurutnya,
`Anak Muda
Ustaz Zamri Guru Terkenal yang memimpin Pengajaran al-Qur`an kepada anak-anak dalam slot tv 9 bercakap di dalam bidang keagamaan. Menurutnya, `Dakwah boleh dilakukan dengan tindakan keras dan lembut, tetapi tindakan secara berlembut dan berhikmah terlebih baik.`
Manakala saudara Jonah (Khairul Anwar Khairuddin) berpendapat. ``Dalam gerakan perlu ada elemen seni bagi daya tarikan khalayak, bahkan sebagai alat mengkritik.` Dalam sesi lontaran idea secara spontan dan segar ini ada yang mengkritik tentang fokus kepada Anak Muda ini lebih banyak kepada anak muda di universiti perlu diberi perhatian dan bimbingan anak muda marhain. Mereka juga ada kemahuan, bahkan kreatif dan brilliant. Orang Muda hendaklah mempunyai idea mengubah dunia. Menurutnya parti politik selalu gagal bila tiba pada pintu perubahan. Jangan kutuk anak muda, tapi dekati mereka dengan kasih sayang. Anak muda yang ketinggalan bukan kerana bodoh, tetapi tidak kena pendekatan dan jangan dilalai oleh zon selesa. Kata Ustaz Zamri yang kreatif dan lucu dari segi ungkapan, tapi berkesan, `Orang muda perlu membebaskan diri seperti burung terbang dan mengembangkan skill masing-masing di keawangan.`
Datin Wan Azizah ketika diminta menyampaikan amanat berkata, ``Orang Muda adalah asset penting kepada perjuangan. Pejuang-pejuang kini umumnya mereka yang melalui gerbang perjuangan pada zaman remaja. Beliau mengaitkan perjuangan yang dilalui oleh YB Dato` Seri Anwar Ibrahim dari pemimpin pelajar, memimpin ABIM, terjun ke bidang politik dan pernah menjawat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Menurutnya, ``Dalam perjuangan banyak cabaran yang dihadapi, bukan saja dari musuh, bahkan dari kalangan sendiri. Lihatlah apa yang dihadapi oleh Dato` Seri Anwar hingga kini. Musuh tidak mampu menghadapi secara intelektual dan kepimpinan. Mereka memilih jalan jijik bagi menjatuhkan lawan.``
Adun Bangi diberi beberapa peluang ke hadapan menyampaikan hadiah-hadiah – penghormatan sebagai tuan rumah. Apa yang lebih penting Adun berpeluang berada dalam suasana segar dan kreatif – tiada protokol dan bebas mengungkapkan pandangan. Satu kelainan dari majlis-majlis biasa yang terlalu formal dan protokol. Lebih dari itu Adun Faham – Ini satu pendekatan bagi menarik sokongan anak muda bersama dalam wadah perjuangan.
Sekian.