April 16, 2011

Mohon Hidayat: Selamat Mengundi Penduduk Sarawak

BBB, 12 Jamadil Awal = 16 April (Sabtu):


Setelah sepuluh hari berkempen selepas penamaan calon 6 April, maka pada hari ini penduduk Sarawak mengundi bagi memilih wakil-wakil mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berjumlah 71 kerusi itu. Selama sepuluh hari berkempen penduduk Sarawak telah dihidangkan dengan berbagai tawaran dan pandangan, tetapi keputusan sebenarnya akan ditentukan dengan pemilihan oleh rakyat Sarawak sendiri. Walau apa pun dari situasi yang dapat ditanggapi sudah ada perubahan besar di kalangan pengundi yang mempengaruhi pemilihan mereka pada hari ini. Penduduk Sarawak sudah bersifat terbuka dan sedia menerima pandangan dan perubahan yang bakal dilakukan pada hari ini untuk masa depan rakyat Sarawak. Walau apa pun kita mengharap apa yang dipilih oleh rakyat Sarawak adalah untuk kebaikan mereka sekurang-kurang untuk lima tahun akan datang. Kita mendoakan keselamatan bagi seluruh rakyat Sarawak.


Sementara itu bagi Pas, Sarawak adalah wadah dan kurniaan Allah yang penting. Dengan sifat rakyat yang multi-rasial dan berbagai kepercayaan ia adalah medan terbaik bagi Pas untuk masuk bagi menyampaikan dakwah keislaman. Dengan kepercayaan Islam adalah keselamatan dan rahmat bagi semua, maka dengan mesej ini Pas masuk bertanding bagi menyampaikan mesej melalui wadah politik. Misi Pas selama ini makin difahami oleh rakyat Sarawak. Ini bermakna Pas makin diterima oleh Rakyat Sarawak maka sebab itu Pas pada kali ini menghantar calonnya bagi lima kerusi pilihanraya, iaitu:


BIL

KOD

KAWASAN

CALON

1

N3

Tanjung Datu

Nani Sahari

2

N15

Muara Tuang

Noraini Hamzah

3

N20

Sadong Jaya

Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi

4

N22

Sebuyau

Adam Ahid

5

N24

Beting Maro

Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos


Sempena pilihanraya pada hari ini, maka pihak Pas Serdang pada malam tadi mengadakan Solat Hajat bagi keselamatan dan kejayaan rakyat Sarawak, kejayaan bagi Pakatan Rakyat dan Kejayaan calon-calon Pas. Solat Haji diadakan di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar selepas Isya`dihadiri lebih kurang 70 orang. Hadir sama Adun Bangi, Tuan Haji Muhammad Yusof Abdul Kadir, Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Haji Mat Saman, ahli-ahli Pas dan penduduk setempat. Solat Hajat diimami Ustaz Bashir Alias yang merupakan Nazir bagi Masjid As-Salihin, Teras Jernang.


Kita berdoa dan berharap rakyat Sarawak di kelima-lima DUN di atas memberi kepercayaan dan undi kepada calon-calon Pas dan calon-calon Pakatan Rakyat di DUN-DUN yang lain.

Keselamatan untuk semua dan kejayaan untuk Islam. Insya Allah.


Sekian.

No comments:

Post a Comment