BBB, 05 Jamadil Awal = 9 April (Sabtu):
Hulu Langat, selain dari terkenal sebagai tempat rekreasi dan dusun buah, terkenal juga sebagai tempat membiaknya `Ajaran Salah`. Di Hulu Langatlah timbulnya dakwaan `Rasul Baru`, di Hulu Langat juga timbulnya tarikat-tarikat menyeleweng dan sebagainya. Kini dapat dikesan sebuah pengajaran yang belum pasti nama khusus, tapi daripada inti pengajaranya dapat dinamakan sebagai `Ajaran Bertopengkan Hijrah`. Ajaran ini dapat dimaklumi ada berbagai peringkat. Dari peringkat pengajar tertinggi membawa kepada level-level ke bawah. Hingga kini belum dapat diketahui peringkat atas penganjur pengajaran. Pada peringkat bawah pun mereka bergerak secara senyap dan secara individu. Mereka ini berlagak sebagai intelektual berpakaian smart bertali leher dan berkot. Mereka mendekati orang-orang berada, terutama anak-anak muda - mereka yang tidak begitu mendalam di dalam bidang agama dan menarik mereka mengikuti pengajaran mereka secara bersembunyi di rumah, juga di rumah mangsa – termasuk isteri jika mampu dipengaruhi. Pertemuan diadakan secara mingguan dalam mana mangsa dikehendaki hadir ke rumah tertentu – biasanya malam. Pengajaran melibatkan lima tahap yang memakan masa bertahun. Pada tahap tertentu mangsa dikehendaki membayar pengajaran yang dikira dari awal yang jumlah ribuan RM. Pada tahap tertentu mangsa diminta berbaiah dan berhijrah. Dalam upacara ini mangsa diminta berpakaian smart berkot, bertai, memakai kasut kulit, mangsa diberi minum (air khusus)
Dan dibalut (ditutup) muka mereka agar tidak mengenali tempat, kenderaan mereka ditinggal di satu tempat dan mereka dibawa konon berhijrah dengan kenderaan khas ke a rah yang tidak diketahui lokasi.
Antara pengajaran, Nabi Muhammad adalah kafir sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul ! Hadith tidak boleh dipakai jika tidak selari mengukuhkan al-Qur`an. Apa yang diterima dalam ajaran hendaklah disembunyi dan tidak boleh diberitahu kepada orang lain, hatta kepada ibu bapa sendiri. Pada satu peringkat apabila dilihat mangsa menjadi pengikut setia, maka tuntutan bayaran akan dibuat dalam jumlah yang tinggi dan mereka ini akan terus terikat dengan pengajaran dan bayaran secara berterusan. Mereka yang mengikuti pengajaran ini hanya kenal dengan pengajar mereka sahaja dan tidak mengetahui pemimpin-pemimpin mereka yang lebih tinggi. Mereka dikatakan adalah dari golongan intelektual dan professional, berlagak sebagai orang yang berada dengan memakai pakaian moden yang smart dan berkenderaan hibat.
Bagaimana rahsia kegiatan ajaran sesat ini mulai diketahui, ialah apabila anak muda jiran yang ibunya (bapanya sudah meninggal) kawan baik isteri Adun yang sama dalam jamaah yang tiba tahap pengajaran ke tahap hijrah, pada tahap ini anak muda ini mulai merasai ada sesuatu perkara tidak kena dengan pengajaran dan permintaan terhadapnya. Ia bagai memberontak menjauh dan melarikan diri dan menceritakan apa yang dialami kepada ibunya. Ibunya merujuk perkara tersebut ke dalam jamaah dan membawa juga perkara tersebut dibincang dengan Imam Masjid Al-Hasanah di Bangi. Jelas dikenalpasti pengajaran adalah menyeleweng dan boleh menggelincirkan akidah. Dari situ diketahui ada lagi pengikut-pengikut lain yang selama ini tidak diketahui, kini diketahui terjebak ke pengajaran salah ini dan usaha mengeluarkan mereka dari ikutan salah ini dilakukan.
Perkara tersebut dibawa ke pengetahuan ahli usrah, supaya diketahui gerakan merosakkan Islam dari dalam dan berwaspada supaya ahli dan anak-anak ahli tidak terjebak di dalam ajaran salah ini. Apabila modes operandi pengajaran salah ini dibentangkan di dalam usrah, ada ahli-ahli yang terkejut, bahawa ada antara ahli-ahli telah ditarik menyertai pengajaran salah ini, tetapi selama ini dirahsiakan. Mereka membenarkan yang modes operandi dijalankan itu memang dilalui, bahkan antara mereka telah sampai ke peringkat hijrah. Mereka yang tak pernah berkot, bertali leher dan berkasut kulit berkilat ini terpaksa berpakaian sedemikian ke tempat hijrah, meminum air yang diarah walaupun merasa anih, janggal dan ganjil, terpaksa mengikuti. Bahkan ada yang mengaku sudah mula dikenakan yuran – boleh secara ansuran. Beliau telah membayar permulaan sebanyak RM500/=. Dengan pembongkaran ini dia mulai insaf dan akan memaklumkan kepada pengikut-pengikut yang lain yang menerima ajaran secara senyap dan berasingan supaya menarik diri dan tidak terus terjebak dengan ajaran yang terpesong dan salah ini.
Penulis berpendapat, ajaran salah ini bukan secara berbetulan, tetapi sengaja diatur oleh pihak tertentu melalui sindiket bagi menghancurkan Islam dari dalam. Mereka melihat kawasan seperti Bangi adalah kawasan yang kuat dengan Islam. Mereka menggunakan berbagai cara dan pendekatan bagi melemahkan Islam seperti penentangan dari segi politik, menggunakan unsur fitnah dan menyebarkan pengajaran salah, terutama di kalanghan generasi muda agar akidah mereka rosak dan merosakkan umat Islam, khususnya di Bangi dan juga Selangor.
Dengan penyelewengan yang dikenalpasti, kita berharap anak-anak muda kita jangan terjebak dengan pengajaran salah. Hendaklah waspada dan curiga terhadap pengajaran secara senyap-senyap dan berasingan. Pengajaran Islam tidak ada bersifat rahsia dan tersembunyi. Jangan belajar ilmu yang dikatakan Islam secara berahsia dan berasingan. Bergiatlah secara berjamaah agar sama mempelajari ilmu yang betul dan mengenal pasti dan mengelak dari yang salah. Ikutilah pengajaran di masjid dan surau yang diajar secara terbuka dan percuma. Islam sentiasa menggalakkan kita berjamaah dan bergiatlah secara berjamaah. Sementara itu kita berharap pihak berkuasa terus memantau segala kegiatan yang menyeleweng dan membasmikannya agak tidak menjadi wabak yang merosakkan Islam dari dalam.
Sekian.

No comments:
Post a Comment