Shah Alam, 15 Jamadil Awal = 19 April (Selasa):
Ramai dari Pengendali-Pengendali Sekolah Agama Rakyat tidak mengetahui, bahawa sejak tiga tahun lepas kerajaan negeri Selangor memperuntukkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat setiap tahun sebanyak RM6 juta (Bagi Sekolah Cina dan Tamil ada peruntukan masing-masing berasingan). Pada tahun ini peruntukan sedemikian masih diteruskan. Dari senarai permohonan di dapati hanya Sekolah-sekolah dari kawasan tertentu banyak membuat permohonan, sedang ada kawasan-kawasan yang tidak membuat permohonan. Permohonan dikehendaki dibuat dalam dua fasa, iaitu mulai awal tahun bagi fasa pertama, dan bagi yang ketinggalan boleh membuat permohonan mulai bulan Jun tahun ini. Di bawah kategori Sekolah Agama Rakyat adalah termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pondok, Ma`had Tahfiz dan Kafa.
Jika dilihat kepada pemohon-pemohon bantuan dari Sekolah Agama Rakyat terdapat 78 pemohon. Pemohon-Pemohon kebanyakan dari Pelabuhan Klang, Hulu Klang, Rawang, Meru, Lembah Jaya, Batu Caves dan beberapa yang lain seperti Bangi, Balakong dan Cempaka. Tempat-tempat yang lain seperti Hulu Langat, Pj dan lain-lain tiada permohonan. Untuk permohonan dari pondok hanya terdapat tiga buah saja, iaitu dari Sijangkang dan Batu Caves, manakala untuk Ma`had Tahfiz terdapat 34 permohonan yang kebanyakannya dari kawasan Dusun Tua,, Meru, Sabak, Sijangkang, Kota Anggerik,, Sabak, Jeram dan beberapa yang lain. Satu lagi kategori Sekolah rakyat ialah Sekolah Kafa. Terdapat 41 permohonan. Kebanyakannya dari kawasan yang sama seperti di atas seperti Hulu Kelang, Cempaka, Lembah Jaya, Hulu Bernam, Meru, Seri Setia, Sabak dan lain-lain.
Bil | Jenis | Jumlah |
1 | Sekolah Agama Rakyat | 78 |
2 | Pondok | 3 |
3 | Ma`had Tahfiz | 34 |
4 | Kafa | 41 |
5 | Jumlah | 156 |
Semuanya dinilai dan setiap institusi yang memohon diberi peruntukan. Banyak atau sedikit bergantung kepada keperluan.
Pada akhir perbincangan Adun Bangi menimbulkan tentang Pasti yang banyak jasanya di dalam mendidik anak-anak, khususnya dengan nialai keislaman. Pasti juga termasuk dalam kategori daif dan gaji gurunya amat minimum. Jika pada masa pemerintahan Pakatan Rakyat tidak memberi perhatian, siapa lagi yang akan membela mereka. Semua pihak bersetuju dan akan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak atas.
Sekian.
No comments:
Post a Comment