BBB, 02 Jamadil Awal = 6 April (Rabu):
Penamaan calon bagi pilihanraya negeri
Pihak parti lawan bagi BN mempunyai misi untuk menjatuhkan Kerajaan BN di Sarawak terutama melalui Pakatan Rakyat. PKR bertanding di 49 kerusi. DAP 15 dan Pas 5. Kerjasama diusahakan dengan SNAP, tetapi oleh kerana SNAP berkeras mau bertanding di kesemua kawasan majoriti Dayak di 26 kerusi, maka SNAP bertanding bersendirian yang menyebabkan berlaku pertembungan tiga penjuru bagi 20 kerusi yang sepatutnya dielakkan agar tentangan terhadap BN lebih sengit.
Dalam situasi sekarang dunia berubah seperti dialami negeri-negeri di Timur Tengah, kerana rakyat tidak berpuashati terhadap kekuasaan yang menekan rakyat, menyebabkan rakyat bangkit memberontak seperti yang berlaku di
Rakyat Sarawak juga haruslah menyedari bahawa negeri Sarawak adalah antara Negeri yang terkaya di Malaysia dari sumber petrol, gas, hasil hutan dan perdagangan, tetapi kesan kekayaan yang nampak hanya pada pemimpin-pemimpin yang sekian lama bersama keluarga menghimpun harta. Sedang kepentingan rakyat tidak diberi perhatian. Bahkan berlaku perampasan tanah hak milik `Orang Asal` dan Tanah Adat, kemiskinan rakyat tidak diberi perhatian. Rakyat dimabukkan dengan `Pembangunan`, `Satu Malaysia` dan `Rakyat Diutamakan`, tetapi realitinya tidak. Contoh royalti minyak tidak dikembalikan dengan jumlah yang sepatutnya 20%. Rakyat Sarawak perlu sedar bersama rakyat Malaysia seluruhnya bahawa apa yang dialami oleh rakyat sekarang ialah penderitaan dengan kenaikan harga petrol – terbaru Petrol Ron 97 meningkat kepada RM2.70 seliter, kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan berterusan, harga tol, saman ekor dan berbagai-bagai penderitaan dialami rakyat dengan kenaikan harga dan penurunan nilai wang. Pakatan Rakyat menawarkan cadangan melalui `Buku Jingga`, jika diberi kuasa boleh mengurangkan beban dan penderitaan rakyat.
Rakyat di Sarawak dan seluruh Negara perlu sedar dan mengambil tindakan merubah pemerintahan BN yang terdesak dengan retorik `Pembangunan` yang tidak dilaksanakan, rasuah yang berterusan, kematian saksi-saksi penyiasatan rasuah yang meragukan, Suruhanjaya Pilihanraya yang berpihak, Polis yang hilang kredibiliti dan paling jijik pihak BN yang hilang malu dan maruah, terus mengguna dan mempermainkan isu fitnah dan sex yang menjijikkan bagi menjatuhkan pimpinan. Sudah 20 tahun isu seperti ini dicetuskan dan berterusan. Ianya bukan saja memalukan individu, tetapi Negara. BN bertanggungjawab melakarkan sejarah fitnah dan jijik ke wajah Negara lebih dari dua dekad - Sejarah hitam Negara.
Dengan segala permasalahan yang dihadapi Negara secara umum dan Sarawak secara khusus, rakyat Sarawak mempunyai peluang memulakan Revolusi Pembersihan`. Perubahan yang dibawa oleh Sarawak akan membuka ruang kepada perubahan Negara secara keseluruhan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment