April 26, 2011

Meraikan Pelajar Cemerlang DUN Bangi

BBB, 20 Jamadil Awal = 24 April (Ahad):


Pagi ini Adun Bangi meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM, STPM & STUM 2010 bertempat di Ruang Legar, PKNS, BBB. Pelajar-pelajar yang diberi penghargaan adalah pelajar-pelajar yang mencapai semua A bagi peringkat SPM dan mencapai 3.5 ke atas bagi STPM & STUM. Seramai 82 pelajar cemerlang dapat didaftarkan. Mereka yang diberi pengiktirafan ini adalah pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah menengah di DUN Bangi dan juga pelajar-pelajar dari Bangi yang belajar di luar Bangi – asalkan mereka dari DUN Bangi. Setengah Sekolah memberi kerjasama yang baik memberi maklumat pelajar-pelajar cemerlang mereka.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir mengiringi mereka kelihatan ceria dan majlis adalah amat meriah mengungguli kejayaan pelajar-pelajar cemerlang. Ruang legar kelihatan penuh dengan bukan saja pelajar dan ibu bapa, tetapi penonton-penonton yang datang bertujuan lain, tetapi terpaku mengapresiasi majlis gemilang yang jarang diadakan sedemikian. Sebelum majlis anugerah pengiktirafan, pelajar-pelajar dibawa dimotivasi oleh Ustaz Nushi Mahfodz dan berbincang dengan penganjur di Bilik Cempaka, PKNS.

Ketibaan Adun jam 11.00 pagi dengan salam mesra dan bergema jawapan dari para tetamu yang berdiri memberi hormat. Walaupun ianya satu majlis sederhana, tetapi hebatnya bagai hari pengiktirafan dengan penerimaan ijazah. Hadir bersama di dalam majlis ialah saudara Adram Musa Ahli MPKj, Puan Arbaisah Pengarah yang bertungkus lumus sejak berminggu lepas dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Serdang, bagi menjayakan majlis gemilang berprestej ini. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Puan Arbaisah yang mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan berterima kasih kepada ibu bapa yang mengiringi anak-anak masing-masing dengan penuh kasih mesra. Beliau meminta maaf, terdapat mereka yang hantar keputusan cemerlang, tetapi terdapat satu mata pelajaran B, maka terpaksa ditolak. Pendek kata pemilihan adalah mereka yang benar-benar cemerlang.

Adun dalam ucapan pengraian mengucap tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang terpilih menerima anugerah pengiktirafan pada hari ini dan berharap agar pengiktirafan kecil ini menjadi katalis yang menggerak pelajar-pelajar meningkatkan daya usaha bagi mencapai kejayaan berganda pada masa hadapan. Menurut Adun adalah menjadi budaya tahunan Adun memperuntukkan sejumlah besar kewangan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Kerana ianya selari dengan hasrat Dun Bangi memprojekkan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Adun Bangi menyebut, bahawa kejayaan anak-anak ada kaitan dengan ibu bapa anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka yang melayakkan mereka berada di Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu. Sememangnya masyarakat Bangi adalah masyarakat intelektual. Mereka berkhidmat di berbagai pengajian tinggi yang 18 buah dari universiti berada di Bangi dan sekeliling Bangi. Mereka juga bekerja di berpuluh-puluh pusat penyelidikan dan latihan yang berada di Bangi.

Adun berharap anak-anak cemerlang akan menyambung pelajaran dan kelak menggantikan tempat ibu bapa. Adun mengingatkan kompetasi masa depan lebih tinggi kerana makin ramai mereka yang berkelayakan dan berkemampuan merebut peluang berada di sini, sebab itu anak-anak perlu mengejar kejayaan melebihi dari kejayaan yang dicapai oleh ibu bapa. Adun Bangi menyebut, bahawa ibu bapa yang tinggal di Bangi berjaya menjadikan budaya hidup di Bangi, bukan saja sebagai kelompok intelek, tetapi Bandar yang bersemarak dengan kegiatan keslaman beradun keilmuan. Adun mengharap kelak dari kalangan pelajar cemerlang akan lahir dari Bangi pemimpin-pemimpin berwibawa, tokoh-tokoh keilmuan dan mereka yang berjaya di dalam berbagai bidang kerjaya. Teruskan menggapai kecemerlangan.


~Mohd Rashid bin Ramali bersama ibunya~


Agenda puncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 82 pelajar cemerlang. Senarai nama mereka terakam di dalam helaian program yang diedarkan. Ternyata mereka amat bergembira dengan penghormatan yang kami berikan kepada mereka. Dua pelajar paling cemerlang dipilih. Ibu bapa bapa mereka dijemput sama naik ke pentas menerima anugerah dan pengiktirafan. Semasa penyampaian anugerah Adun berkesempatan bertanya pelajar-pelajar cemerlang ke universiti manakah mereka akan menyambung pengajian. 50% daripada mereka mau menyambung pengajian ke luar Negara. Tempat pilihan utama mereka ke England. Sebahagian daripada mereka memilih universiti terkenal tempatan. Bidang yang menjadi pilihan utama pula ialah perubatan. Selepas bergambar beramai-ramai dengan pelajar-pelajar cemerlang ramai daripada ibu bapa meminta bergambar bersama dengan Adun dan anak-anak mereka. Kita memberi ruang dan peluang, walaupun Adun perlu berkejar ke program yang lain berikutnya.

~Farah Hanisah binti Muhammad Hisham bersama ibu bapanya~


Tahniah di atas kejayaan – teruskan dengan kecemerlangan.

Sekian.


Senarai Nama Pelajar Cemerlang:

No comments:

Post a Comment