Kuliah bulanan ( Khamis malam Jumaat) yang diadakan dirumah Yang Amat Berhormat Menteri Besar amatlah baik. Kuliah berpandukan buku Fiqh ad-Daulah fi al-Islam oleh Profesor Dr. Yusof al-Qaradhawi adalah membicarakan topik politik pemerintahan dengan guru bergilir-gilir datang mengajar. Kuliah ini lebih ditujukan kepada kalangan ahli politik yang memperjuangkan politik pentadbiran Islam, namun kurang dari ahli-ahli politik hadir. Kadang-kadang terasa semacam pengajaran di masjid surau sementara menunggu Isyak dan bersifat satuhala. Sebenarnya topik yang dibicarakan berat dan menarik, lebih-lebih lagi jika dibincangkan. Sebab itu usaha perlu dilakukan bagi mempromosikan kuliah bulanan ini sebagai bersifat ilmiah dihidupkan oleh kelompok intelektual, lebih-lebih lagi hidup jika dibukakan kepada perbincangan atau ditukar sekali sekala sebagai Forum. Masalahnya mungkin masa agak terhad, hanya antara waktu Maghrib hingga Isya`.
Pada malam ini topik yang dibicarakan ialah Ke Arah Fiqh Politik Yang Matang dan disampaikan oleh Dr. Azhar Yaakob Pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia.
Dengan tujuan untuk menghidupkan wacana keilmuan, penulis merujuk dan membincangkan antara apa yang disampaikan oleh Dr. Azhar. Beliau mengatakan
`Politik Islam bukan sebagaimana kita fahamkan iaitu politik berparti seperti Pas, Umno, PKR dan sebagainya, tetapi politik di dalam Islam bermaksud:
``Mengislah Ummah ke landasan yang betul baik di dalam bidang aqidah, fiqh, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Asas politik Islam awal dibangunkan oleh Rasulullah di Madinah dan diikuti sahabat-sahabat dari kalangan Khulafa` ar-Rashidin.`` Tetapi apabila beliau menyebut.
``Parti Politik Islam terawal yang ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin``, maka peresoalan timbul dan perlu dibincangkan. Apalagi jika dikaitkan penubuhan Pas kerana dipengaruhi Ikhwan al-Muslimin. Ianya seolah-olah menurut pattern biasa dan klisye sebagaimana dikatakan gerakan islah terawal di Malaysia kerana dipengaruhi gerakan Jamaluddin al-Afghani (m.1897), Muhammad Abduh (m.1905) dan Muhammad Rashid Reda (m.1935). Mereka dikatakan mempengaruhi gerakan Islah di Malaysia kepada tokoh-tokoh seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan sebagainya.
Apakah Pas menurut pengaruh dari Timur Tengah (Mesir), khususnya dari pengaruh Ikhwan al-Muslimin. Untuk makluman memang Ikhwan al-Muslimin ditubuhkan oleh Hasaan al-Banna pada tahun 1928, tetapi ianya bukan sebagai satu parti politik, bukan bertujuan Islam, sebaliknya sebagai kelab ahli-ahli sahaja. Hasan al-Banna pada peringkat awal kecamuk dari segi pengaruh terhadap dirinya dari faham Kamal Attaturk, pergolakan politik dan sosial di Mesir, penyerangan terhadap golongan Orthodox dan pengaruh sosialis (Beliau menulis buku tentang Sosialis Islam). Pendeknya pendekatannya belum bersifat Islamik Menurut Hamid Enayat, Pengarang buku Islamic Political Thought mengatakan,
Ada percubaan untuk menukarkan Ikhwan al-Muslimin kepada sebuah parti politik pada tahun 1939, tetapi kerana tekanan Penjajah British , maka Ikhwan terbantut dari bergerak, bahkan pada tahun 1948 pernah dibubar dan sekali lagi dibubar pada tahun 1954 selepas Ikhwan dituduh mau membunuh Nasir.
Kesedaran politik keislaman di Negara kita adalah hasil acuan pergolokan politik di Negara kita. Politik memperjuangkan kemerdekaan dari berbagai pihak. Pergerakan Nasionalis seperti oleh Dato` Onn bin Jaafar yang melahirkan UMNO, desakan dari sosialis, bahkan komunis yang menyebabkan lahirnya kesedaran untuk membela Islam. Tokoh seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bangkit menubuhkan Parti Hizbul Muslimin pada tahun 1948, Seorang pejuang tempatan yang mengasaskan pengajian Sekolah Ihya` Ash-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Beliau dirujuk oleh Dato` Onn dan mengingatkan kepada British ? ``Hubaya-hubaya bahaya turun dari gunung ! – Maksud Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dengan perjuangan politik Islam dari Gunung Semanggul ! Ini menyebabkan pihak British menjadi curiga dengan pergerakannya dan mengharamkan Parti Hizbul Muslimin dan Ustaz Abu Bakar ditangkap. Ini membawa kepada kelahiran Pas (1951) sebagai menggantikan Hizbul Muslimin. Ianya benar-benar parti politik dan mulai bertanding pilihanraya pada 1955 dan seterusnya menguasai negeri Terangganu 1959 dan seterusnya menguasai negeri Kelantan dan Kedah.. Sedang Hizbul Muslimin teragak-agak dari mengisytiharkan diri sebagai parti politik, bahkan semasa pecahnya revolusi Mesir pada bulan Februari 2011 Ikhwan al-Muslimin tidak bangkit dan tidak menonjol. Pendeknya Pas adalah parti yang jelas dan berani mengisytiharkan diri sebagai Parti Islam. Berbanding parti-parti ditempat lain yang mirip kepada perjuangan Islam, termasuk di Indonesia tetapi tidak menguasai politik pemerintahan, tetapi Pas berjaya memerintah dan makin berkembang. Sesungguhnya Pas Parti Islam yang unggul yang terus berkembang. Pas mempunyai legasinya yang tersendiri. Pas mempunyai misi dan visi yang jelas. Kemantapan Pas dipimpin oleh mereka yang berwibawa dari Ahmad Fuad, Dr. Haji Abbas, Dr. Burhanuddin Hilmi, Prof. Dr. Zulkifli, Asri Muda, Yusuf Rawa, Ustaz Fazil Nor seterusnya yang terkini Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Pendeknya Pas lahir hasil dari pergolakan politik tanahair dari pemimpin –pemimpin yang sedar dan bangkit memperjuangkan Islam dengan pendekatan dan acuan yang sesuai dengan keadaan setempat – Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment