BBB, 13 Jamadil Awal = 17 April (Ahad):
Rakyat Sarawak telah membuat pilihan dengan mengekalkan pemerintahan
BIL | PARTI | JUMLAH KERUSI | JUMLAH UNDI | PERATUSAN |
1 | BN | 55 | 372,379 | 74.6 |
2 | DAP | 12 | 134,847 | 12.7 |
3 | PKR | 3 | 117,100 | 4.2 |
4 | Bebas | 1 | 20,064 | 1.4 |
5 | PAS | 0 | 9,719 | - |
6 | SNAP | 0 | 15,663 | - |
7 | Cinta | 0 | - | - |
Undi rosak ialah 8,224
Peratus keluar mengundi ialah 70%
Pilihanraya Sarawak ke 10 di Sarawak yang penduduknya ialah 2.26 milion
Pengundi 979,796
Pusat mengundi 1,749
Calon bertanding 213
Kerusi 71
Parti yang bertanding: BN 71, DAP 15, SNAP 26, PKR 49, PAS 5, Cinta Malaysia 6 dan Bebas 41.
Daripada keputusan di atas dapat diambil keputusan:
a) Dengan keputusan di atas Dato` Seri Najib Perdana Menteri
b)
c) Perdana Menteri kelihatan tidak dapat mengawal tidak tanduk Taib Mahmud. Majlis mengangkat sumpah sepatutnya diadakan secara teratur dan di bawah restu Perdana Mentera. Masalah akan berterusan, jika Taib Mahmud bertindak tidak mengundur diri dari kepimpinan.
d) DAP dapat dikatakan parti yang smart. Parti ini bertanding di 15 kerusi dan memenangi 12 kerusi. Pengundi Cina dan pengundi di Bandar padu memberi sokongan kepada DAP.
e) PKR yang bertanding di 49 kerusi tidak dapat menyerlahkan prestasi dengan hanya memenangi 3 kerusi. Ini ialah kerana masalah dan isu yang banyak ditanggung oleh parti itu.
f) Pas yang dijangka dapat melahirkan anak sulungnya terutama bagi calonnya Abang Ahmad Kerdee di Beting Maro, nampaknya belum diizin Allah. Walau bagaimana pencapaiannya baik. Beliau mendapat undi 2,678, kurang 391 undi dari lawannya. Pas berjaya mendapat tempat dihati pengundi. Usaha mengekalkan pengaruh dan sokongan perlu terus dilakukan bagi memungkinkan kemenangan PAS pada masa hadapan.
g) Kesemua pihak mungkin boleh mendakwa berjaya. BN dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Bagi Pakatan Rakyat dapat mendakwa bertambah pengaruh dengan bertambahnya kerusi dan pengundi. Pokoknya ada perubahan politik dan pengundi
h) Kemungkinan pilihanraya umum ke 13 akan berlaku dalam masa terdekat. Semua pihak dari sekarang perlu bersedia menghadapi pilihanraya berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment