BBB, 14 Jamadil Awal = 18 April (Isnin):
Suasana intens dan puncak tegang kerana ingin tahu keputusan pilihanraya Sarawak telah berlalu, bahkan tepuk sorak, peluk julang dan jabat tangan bagi yang menang dan sepi suram, duka keciwa dan kata perangsang bagi yang kalah semuanya bagai menghilang yang tinggal poster-poster belum ditanggal, sepanduk-sepanduk layu terkulai. Semuanya bagai tidak dikisah terbiar dan menunggu dibersihkan. Lantas selepas itu apa?
Bagi yang memerintah tentulah selepas mengangkat sumpah Ketua Menteri, selepas hilang mengah berkempen dan berterima kasih kepada penyokong berkira-kira bagi menyusun kabinet kerajaan. Lantas bagaimana yang lain? Yang menang, tetapi tidak memerintah dan dikenali sebagai pembangkang juga mengatur kunjungan dan majlis terima kasih serta kesyukuran. Tetapi jika ada sebahagian bersimpan barang-barang dan mengangkatnya ke perahu untuk berkayuh pulang ke sebarang, barangkali inilah yang dipersoalkan oleh penduduk setempat, bahawa mereka datang bermusim, berpancak bersilat, menabur cakap dan bila jualan tidak laku menghilang.
Dalam kata lain berpolitik, mencari pengaruh, bahkan meyakinkan tentang ideologi dan perjuangan, komitmen dan pembelaan memerlukan ruang waktu yang panjang dan kerja keras berterusan. Bagi yang masih belum berkesempatan menang, seharusnya tidak menunjukkan kekeciwaan lantas bersimpan barang untuk pulang, bahkan sepatutnya mulai bangkit dari segala kepayahan dan mulai bekerja dengan kesungguhan. Bahkan ia adalah sebahagian dari masyarakat itu dan bangkit bersama penyokong dari mereka bekerja berterusan di situ untuk kepentingan dan pembelaan kepada semua. Memanglah manis bagi yang menang dan pahit dan keciwa bagi yang masih belum menang. Tuntutan pengorbanan selalunya lebih besar dari ganjaran. Itulah manis-pahitnya perjuangan. Terselit di sana syukur dan kesabaran.
Yang lebih besar daripada itu, sebelum daripada ini dikatakan, pilihanraya Sarawak adalah penanda arah bagi langkah politik pilihanraya umum ke 13. Keputusan sebenarnya tidak mutlak berpihak. Pihak kerajaan mendakwa mereka berjaya mengekalkan kemenangan yang selesa melebihi dua pertiga. Pihak lawan bukan dari kerajaan juga boleh mendakwa, mereka juga mencapai kemajuan penambahan dari segi kemenangan. Jadi ruang dihadapan membuat pilihan adalah terbuka. Dengan kemenangan bagi pihak kerajaan barangkali boleh saja dengan kesan kemenangan yang masih hangat dapat dijadikan pengukuh pengaruh bagi mendepani rakyat. Pihak lawan juga walaupun tidak sekukuh pendirian dapat juga menegakkan dakwaan, mereka juga berkemampuan menghadapi pilihanraya umum jika diadakan.
Namun dalam keadaan sekarang yang pada umumnya semua pihak tidak berada di dalam keadaan selesa dan memberangsangkan perlu menilai dan membuat perhitungan sebelum membuat keputusan mengadakan pilihanraya dalam masa yang terdekat. Mengambil contoh di Sarawak orang-orang Cina, khususnya di Bandar-bandar tidak memberi sokongan kepada BN. Jika trend ini menjadi ikutan pengaruh, maka BN akan kehilangan kerusi dan sokongan, terutama dari pengundi-pengundi di Bandar. Ini akan mengorbankan banyak sokongan kepada BN. Bagi PKR yang diibarat sebagai `Harimau Yang Parah Luka` lantaran ditosok lawan secara tidak demokratik dari berbagai penjuru, jika diadakan pilihanraya, sebagai lawan akan memasukinya dengan pakatan dengan segala kemampuan yang ada. Persoalannya apakah semangat 2008 dapat digembling, khususnya selain dari Sarawak-Sabah dan mendapat sokongan rakyat dari semua kaum ?Ataukah semangat itu telah menurun sebagaimana yang berlaku di Sarawak dan dibimbangi mempengaruhi ke lain tempat ? Dilema bagi Pas, bahkan ironi, kalau dulu base dan paksi utama bagi Pas ialah kawasan Melayu, khususnya di luar Bandar. Kini paksinya berpindah ke semi dan pinggir Bandar. Mereka boleh mendapat sokongan intelektual dan golongan menengah Melayu, disamping pendukung setia dari kalangan rakyat yang kukuh berpegang dan memperjuangkan Islam. Di samping menikmati sokongan, tetapi Pas juga kini menghadapi sanggahan dari kalangan orang Melayu yang melihat Pas telah pergi lebih jauh dan dengan tindakannya boleh merugikan orang Melayu, khususnya kerana mengharapkan sokongan bukan Melayu. Seharusnya Pas tidak berada di dalam situasi `serba salah` yang merugikan kedudukan. Sesuatu yang bersifat hikmat dan bijaksana perlu diformulakan bagi menyerlahkan Pas sebagai parti yang berwibawa, berwawasan dan dihormati integritinya oleh semua pihak, kawan dan lawan.
Walau apa pun pisau di tangan pemerintah Persekutuan. Perkiraan dan percaturan sebenarnya berada di tangan mereka. Dalam keadaan sekarang bukan satu peluang keemasan bagi mereka untuk mengisytiharkan pilihanraya dalam masa terdekat. Peluang wajar diisi melengkapkan diri dengan segala kekuatan, mengintai ruang kelemahan lawan, menggunakan isu semasa sebaik mungkin untuk digempur sehingga kesempatan sesuai baru diisytiharkan perang pilihanraya. Kita menjangka dengan keperluan ini pilihanraya tidak akan diadakan di dalam masa yang begitu dekat. Berbagai perhitungan lagi perlu dibuat bagi menjamin ruang keselesaan dan peluang. Semua pihak perlu juga membuat perhitungan, mengatur strategi yang boleh memerangkap, bahkan menjatuhkan lawan.
Sekian.

No comments:
Post a Comment