Jam 3.30 petang ini Adun dijemput oleh pihak Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Bulatan Mekar, Tuan Haji Sahar Mohd Din bagi merasmikan pelancaran Projek Rumah Berkembar 3 Tingkat di atas tapak dan lokasi bagi taman perumahan berkenaan dikenali `Impiana Mekar` Sungai Ramal. Sebanyak 10 unit rumah berkembar 3 tingkat bakal didirikan dengan harga tawaran sebanyak RM980,000.00 bagi satu unit didirikan di atas tanah Rizab Melayu Kekal, seluas 2 ekar,
Hadir pada Majlis ini atas jemputan khas ialah beberapa VIP seperti Tan Sri Mohd Ali Hashim Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga Muslim Malaysia, Tan Sri Mohd Nor Ismail Pengarah Urusan beberapa syarikat, En. Mohd Yusuf Bacik Ahli MPKj, EN. Latib Manan Ketua Kampung Sungai Ramal Dalam, Tuan Haji Mohd Yusuf bin Abdul Kadir Ketua Kampong Sungai Ramal Luar dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Saudara Sahar di dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa projek perumahan yang djalankan ini merupakan projek baginya yang ke 16. Menurutnya setiap kawasan tanah bagi setiap rumah yang dilancarkan hari ini adalah berkeluasan 38` x 118` (4,484` persegi) dengan keluasan rumah 3,463 kaki persegi dan setiap rumah mempunyai 6 bilik beserta bilik air bagi setiap bilik & satu bilik air tambahan. Setiap rumah mempunyai ruang parker untuk 4 buah kereta. Rumah berpintu automatic dan mempunyai system penggera. Menurut saudara Sahar, harga RM980,000.00 sebenarnya tidak mahal. Jika disbanding dengan Kuala Lumpur jenis yang sama, harganya adalah RM2.6 juta. Menurutnya kenaikan harga rumah berlaku di mana-mana secara mendadak oleh kerana kenaikan harga barang-barang. Menurutnya bagi pemaju sekadar mendapat keuntungan 10%. Jadi 10 buah unit keuntungan adalah seharga sebuah bangunan, keuntungan ini adalah bagi masa 3 tahun ‘ Jadi keuntungan dijangka dalam lingkungan RM350,000, setahun. Ini bererti jika dibandingkan dengan kerja dan masa yang terpaksa diambil keuntungan tidaklah seberapa.
Menurut saudara Sahar, daripada 10 unit setakat ini dua buah telah ditempah dan dijangka dalam tempoh seminggu ini akan habis ditempah. Menurut saudara Sahar lokasi perumahan di Bangi sekarang menjadi rebutan oleh kerana kedudukannya yang strategic, berdekatan dengan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Seremban dan mempunyai beberapa rangkaian jalanraya pilihan.
Dalam ucapan perasmiannya Adun memuji Syarikat Pemaju Perumahan Bulatan Mekar yang berpejabat di Diamond Kompleks Bandar Baru Bangi adalah merupakan Syarikat Perumahan yang terus berkembang maju.dan tidak banyak menghadapi masalah yang hingga kini 16 projek telah berjaya dilaksanakan. Ini membuktikan kemampuan syarikat berkenaan. Dengan kejayaan dan prestasi syarikat menjadikannya sebuah syarikat yang dipercayai. Ini merupakan asset yang penting bagi perkembangan masa depan Syarikat Bulatan Mekar. Saudara Sahar merupakan contoh yang baik bagi polisi kita menggalakkan anak tempatan mengambil bahagian sama memajukan Bangi dan tidak hanya melihat kemajuan dari pinggiran. Adun berharap syarikat perumahan seperti Bulatan Mekar berperanan sama di dalam mencorak Bangi dari segi perkembangan fizikal dan menjadikan Bangi sebagai Bandar yang menarik – Bandar Taman dan menjadi pilihan bagi tempat kediaman. Menurut Adun berbagai faktor menjadikan Bangi Bandar Pilihan, selain dari apa yang telah disebut kerana Bangi berada dipertengahan antara Putrajaya, Kuala Lumpur dan Serembana, juga perhubungan yang mudah dengan pilihan jalan alternative dan berdekatan dengan Lapangan Terbang KLIA & KLCC.
Adun menyebutkan kenaikan harga perumahan di Bangi, oleh kerana tanah untuk dibangunkan makin terhad, lantaran itu perancangan penggunaan tanah perlu kepada perancangan yang rapi. Hartanah di Bangi tidak akan turun, namun perlu difikirkan juga peluang bagi semua pihak memiliki rumah. Pihak kerajaan negeri mengambil inisiatif menyediakan Rumah Mampu Milik bagi mereka yang berpendapatan sederhana, tetapi jumlah yang dapat disediakan amat minima dan tidak dapat menampung keperluan yang begitu banyak. Sebab itu syarikat perumahan swasta seperti Bulatan Mekar di samping agensi karajaan seperti PKNS perlu bekerjasama melibatkan diri membangun perumahan mampu milik untuk rakyat.
Adun juga menyebutkan usaha mempromosi Bangi sebagai Bandar Ilmu dan menjadikan Bangi sebagai Kampus Terbuka bagi berbagai pengajian seperti surau dan masjid dan pengajian-pengajian hujung minggu di pusat-pusat pengajian yang banyak di Bangi. Usaha membanyakkan pusat-pusat pengajian pilihan dengan kehadiran pelejar-pelajar dari luar terutama pada hujung minggu memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha mengadakan rumah tumpangan bajet. Usaha demikian berperanan mempromosi dan memprojekkan Bangi sebagai Bandar Ilmu.
Berikut dari ucapan perasmian dengan disertai VIP-VIP Adun memotong reben menandakan perasmian Projek Perumahan Impian Mekar di bawah Syarikat Bulatan Mekar. Adun juga diminta menyampaikan cenderamata kepada beberapa individu terpilih. Sementara itu Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga mengedarkan bukunya yang berjudul Khalifah Ganti Superman yang mendapat sambutan yang hangat dari pengunjung untuk memilikinya.
Sementara itu kepada sesiapa yang berminat ingin tahu berhubung tawaran pemilikan rumah Syarikat Bulatan Mekar boleh hubungi di talian: 03 – 8210 0741 atau www.bulatanmekar.com.my.
Sekian.
Assalamualaikum YB,
ReplyDeleteada perancangan untuk membina perumahan untuk rakyat golongan bawah yang berpendapatan bawah rm4,000.00/bulan?