Pada malam hari Sabtu kurang lebih jam 9.30 malam Adun menerima maklumat dari saudara Elex Pembantu YB sdri Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bahawa tiga buah rumah teres dua tingkat sederet No. 57, 58 dan 56 terbakar jam 1.00 tengahari siang tadi. Menurutnya ketiga-tiga penghuni adalah keluarga Melayu. Adun bertanya kepada saudara Elex. ``Adakah maksud, kita perlu turun pada malam ini ?``
Menurut saudara Elex, ``Oleh kerana kebakaran berlaku tengahari tadi dan api telah dipadamkan, mungkin tidak perlu turun malam ini, tetapi esok siang !`` katanya. lantas Adun bertanya, ``Jam berapa perlu kita turun ? Jawab saudara Elex jam 11.00 pagi.``
Adun bertanya, Siapa lagi yang akan turun ?`` `YB Teo dan beberapa pengiringnya.``
Sebelum mengakhiri percakapan, kami juga membincangkan tentang berapa jumlah wang yang mau disumbangkan kepada pihak keluarga dan barang-barang yang patut dibawa.
Besoknya Adun bersama sdr. Azizi bertolak dari Pejabat jam 10.45 dan beberapa orang dari Sungai Ramal Luar pengi terus ke rumah-rumah terbakar di atas yang terletak di Jalan 5, Taman Berjaya, Sungai Chua Kajang. Mereka antaranya Tuan Haji Mohd Yusof Abdul Kadir ketua Kampong Sungai Ramal Luar dan Saudara Fuad Setiausaha Masjid Berkembar Haji Mat Saman, manakala YB Teo dirringi saudara Elex dan beberapa yang lain. Kami disambut oleh penghuni-penghuni rumah terbakar dan jiran-jiran berdekatan. Kami dibawa melihat rumah yang paling teruk terbakar (di tengah rumah-rumah terbakar), iaitu rumah No. 57 yang dihuni oleh En. Ruzaimi dan keluarganya (3 orang). Kami naik ke atas dan melihat bilik belakang yang dijangka bermulanya api. Kesemua bilik (3 bilik) terbakar sehingga nampak langit. Kebakaran juga hingga ke bahagian bawah. Tiada kemalangan jiwa, tetapi tiada barang dapat diselamatkan. Tiga buah bomba dari Kajang memadamkan kebakaran.
Rumah kedua yang kurang teruk dari No. 57, ialah no. 58 yang dihuni oleh En, Yase bersama kawan-kawan Indonesia (3 orang). Barang-barang terutama bahagian atas turut terbakar. Siling juga terpaksa dipecahkan untuk memadam api. Kerosakan agak banyak hingga ianya tidak dapat dihuni. Bagaimanapun rumah ketiga, iaitu No. 56 kerosakan agak paling kurang berbanding dengan kedua-dua rumah di atas. Bahagian atas kesan hangus dari rumah no. 57 dan kebakaran adalah minimum. Rumah ini dihuni oleh Wan Azman bin Wan Mat dan keluarga (5 orang). Walaupun sudah dipotong api, mereka sekeluarga tinggal di bahagian bawah, kerana menurutnya tiada tempat lain untuk mereka tumpang berpindah. Difahamkan hanya sebuah dari rumah yang terbakar dilindungi ansuran.
Kesemua penghuni di atas adalah penyewa-penyewa. Tiada tuan-tuan pemilik rumah yang datang. Setiap unit rumah disewa daripada penyewa sebanyak RM350/= sebulan. Ini bermakna penyewa-penyewa kehilangan barang-barang dan bagi pemilik-pemilik kerosakan rumah. Kami tidak pasti mengenai pemilik-pemilik rumah, kerana mereka tidak datang. Menurut Ketua Kampong Tuan Haji Mohd. Yusof, ``Jika mereka datang boleh diuruskan bantuan segera dari Pejabat Daerah.``
Berikut dari melihat bahagian-bahagian yang musnah kami mengadakan sedikit majlis dalam mana Adun Bangi mengucap takziah dan memohon sabar. Sepatutnya semua pihak berada di dalam gembira sempena Hariraya, tiba-tiba berlaku kebakaran. Kami turut rasa dukacita dan berharap kepada semua bersabar. Manakala YB Teo NIe Ching juga dukacita terutama bagi yang rumahnya terbakar. YB Teo ucap takziah dan berharap pada masa hadapan perlu pentingkan keselamatan di samping kesihatan. Kalau tidak kita mengalami masalah penyakit.
Sebagai majlis terakhir Adun Bangi bersama YB Teo menyampaikan wang RM200/- bagi setiap keluarga, dua kampit beras setiap keluarga satu seberat 10 kilo, kuih-kuih raya dan hadiah-hadiah.
Kita amat simpati sedang masyarakat Islam masih rancak menyambut hariraya, mereka ditimpa kemalangan dengan kehilngan dokumen-dokumen penting, barang-barang dan buku-buku anak-anak bersekolah. Harap bersabar.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment