September 9, 2011

Selamat Penganti Baru - YB Teo Nie Ching & Dr Saw Chien

Setelah sekian lama kembara
Mencari dan memilih wira
Kini YB Teo menemui
Jejaka pilihan hati
Dr. Saw Chien + YB Teo Nie Ching
Paling tampan paling sepadan
Paling cantik paling bergaya
Ibarat pinang dibelah dua
Ibarat cincin sepadan permata
Romantis dan legenda.

Selamat Pengantin Baru
YB Teo Nie Ching & Pasangan
Selamat melayari bahtera kebahagiaan.
Dengan termeterai satu ikatan
Ramai yang mengimpikan selama ini
Sambil memasang angan-angan
Melepas keciwa sendirian
(Maaf sekadar gurauan)
Nampaknya Adun Bangi selepas ini
Perlu hati-hati dalam pergaulan
Perlu memilih kata-kata gurauan
YB Teo sudah milik orang.

Walau bagaimana YB Teo Nie Ching
Walaupun sudah ada jejaka utama
Kejap kemas bertakhta di hati
Jangan lupa rakyat di Serdang dan Bangi
Agar mereka tidak merajuk
Merasa tidak disayangi lagi.

Adun dan rakyat dari Bangi
Menumpang gembira menyaksi
Potret-potret romantis di blog media
Kami mendoakan berterusan
Semoga anda berdua kekal bahagia
Bersama zuriat bakal tiba.


Shafie Abu Bakar.
Bandar Baru Bangi,
11 Syawal 1432
09 September 2011.

No comments:

Post a Comment