September 4, 2011

Misi Terkorban Antara Konflik Kemanusiaan

Tengah malam ini
Berita mengejutkan
Kematian seorang wartawan
Dan seorang luka oleh tembakan
Di tanah orang-orang kelaparan
Di Mogadishu ibu kota Somalia
Di darat konflik perang saudara
Di laut lanun bermaharajalela
Kalian Briged memilih tanah sengketa
Dengan misi membela kemanusiaan
Ironi mereka sepatutnya melapor berita
Sebaliknya merekalah topik berita
Demikian risiko kewartawanan
Di tengah api sengkita
Konflik di Somalia adalah mencabar
Mengiringi Freedom Flotilla ke Gaza.

Apa pun takziah dan sabar kepada
Keluarga Noram Faizul Mohd Nor
Di atas kematian yang dikasihi
Demikian takziah dan syukur kepada
Keluarga Aji Saregar Mazlan
Allah menguji dan mengasihi anda
Lebih-lebihlah tafakkur dan syukur
Di atas ujian dan kurniaan
Janganlah jadi ujian
Berakhirnya misi kemanusiaan.

Namun dari peristiwa kepada kita
Dapat ditarik pengajaran berguna
Bahawa koflik kemanusiaan bukan semata
Oleh faktor alam yang boleh diatasi
Tetapi lebih dahsyat oleh koflik kemanusiaan
Bahawa kerana harta kekayaan
Punca banyak persengkitaan
Sebuah Negara sengaja dipurakpurandakan
Membuka ruang untuk penjajahan
Kerana kuasa sanggup yang berkenaan
Berusaha melemah dan jatuh menjatuhkan
biar rakyat derita mangsa sengkita
Demi mengambil tampuk kekuasaan
Namun misi kemanusiaan lebih utama
Memadam persengkitaan
Mengembalikan persaudaraan
Hidup bersefahaman
Dari hanya memberi bantuan
Kesan hanya minimum.


Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
05 Syawal 1432
03 September 2011.

No comments:

Post a Comment