BBB, 05 Syawal = 03 September (Sabtu):
Kembalinya ke Rahmatullah Dato` Dr. Hassan Ahmad Pejuang bahasa Melayu pada 02 Syawal 1432 bersamaan 31 Ogos 2011 bererti hilangnya seorang Tokoh Pejuang Bahasa yang gigih dengan perjuangannya seumur hayatnya (Didoakan rohmnya dicucuri Rahmat Allah). Perjuangan dan komitmentnya selari dengan kerjayanya dalam mana beliau menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (Julai 1975 – Ogos 1988), iaitu satu institusi yang diamanahkan memperkembangkan bahasa, budaya dan sastera tanahair. Beliau mengambil alih tugas yang disandang oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail yang merupakan tokoh Pejuang Bahasa, Ketua Pengarah sebelumnya..
Dalam masa DBP di bawah pentadbiran Dato` Dr. Hassan Ahmad perkembangan bahasa dan linguistik begitu pesat berlaku, kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan negera-Negara di Asia Tenggara berlaku, bahkan ditubuh jawatankuasa tetap bahasa yang dikenali dengan MABBIM (Majlis Bahasa Antara Negara Brunei, Indonesia dan Malaysia ) berlaku. Banyak hasil yang dicapai melalui MABBIM terutama dari segi istilah. Dalam masa DBP dibawah pentadbiran Dato` Dr. Hassan Ahmad Sayembara-Sayembara penulisan kreatif, iaitu Novel, Cerpen dan Puisi dilakukan. Semua karya sastera diterbitkan diberi nilai tahunan sebagai Hadiah Sastera dan kemudian diubah kepada Hadiah Sastera Perdana. Hadiah Sastera ini mendapat kerjasama dari Persatuan Penulis tanahair seperti Gapena dan mendapat tajaan dari syarikat seperti Esso dan sebagainya. Pada masanya persatuan-persatuan penulis tumbuh dan berkembang pesat baik pada peringkat nasional seperti GAPENA atau peringkat negeri dan kawasan seperti Pena dan persatuan-persatuan penulis pada peringkat negeri dan kawasan. Persatuan-persatuan penulis sedemikian menyokong perjuangan bahasa, sastera dan budaya.
Penubuhan DBP (1956) bukan saja mendukung perjuangan bahasa, sastera dan budaya, tetapi juga pendidikan. Antaranya desakan agar diadakan pengajian menengah Melayu yang diajarkan di dalam bahasa Melayu. Bahkan ianya menjadi isu politik yang menjadi isu utama di dalam gerakan kemerdekaan tanahair. Selepas merdeka isu bahasa dan pendidikan juga menjadi isu utama dalam perjuangan meningkatkan bahasa sebagai bahasa Kebangsaan (1967) dan mewujudkan universiti Kebangsaan (1970). DBP dan kepimpinan dan infra-struktur di DBP dilihat sebagai institusi terpenting di dalam perjuangan bahasa dan pendidikan Negara. Dengan kejayaan perjuangan, maka DBP pula menjadi institusi meningkatkan bahasa, sastera dan budaya dan berperanan menerbitkan buku-buku bukan saja pada peringkat menengah, bahkan pada peringkat pengajian tinggi.
Di dalam melaksanakan visi dan misi bangsa dan Negara, kepimpinan DBP seperti Dato` Dr. Hassan Ahmad adalah penting. Di dalam memimpin beliau terus menggaris dan melaksanakan cita-cita bangsa dan Negara terutama di dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. Di dalam hal ini beliau terus menulis di dalam majalah-majalah terbitan DBP terutama melalui Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Terdapat beberapa penerbitan lagi bagi peringkat rendah dan menengah. Beliau menulis kertas-kertas kerja dan kata-kata pengantar di dalam buku-buku terbitan DBP. Penulisan-penulisan beliau ini diterbitkan di dalam buku seperti Imbasan (2000) dan Ke Luar Jendela (2009). Bagi Imbasan dinukilkan:
``Imbasan Hassan Ahmad memaparkan sejumlah 77makalah hasil nukilan beliau yang mencakup persoalan dasar bahasa dan budaya, moral, masalah dunia Islam, manusia dan pembangunan, teori ilmu dan amalannya, politik dan ideology, kenangan orang Melayu, krisis pasca modenisma di Barat, warisan Christopher Columbus, cabaran globalisasi terhadap Negara bangsa,, budaya pengurusan dan makhluk baru abad ke 21`` (Hassan Ahmad, Imbasan, 2000: Kulit Belakang).
Manakala bagi buku keduanya, Ke Luar Jendela dinukilkan:
``Buku ini memaparkan sejumlah 55 makalah hasil tulisan Hassan Ahmad yang pernah tersiar dalam Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya. Makalah dalam kumpulan yang dipilih ini menyentuh tiga persoalan penting dan besar dalam kehidupan, kepercayaan, pemikiran dan kemajuan atau pembangunan manusia, iaitu bahasa, budaya dan agama. Tamadun manusia tidak wujud tanpa bahasa, budaya dan agama. Kemajuan manusia sepanjang zaman, dalam bidang apa pun, baik ilmu, ekonomi, politik dan teknologi, misalnya, semuanya bergantung pada atau dipengaruhi oleh bahasa, budaya dan agama manusia itu,`` (Hassan Ahmad, Ke Luar Jendela, 2009: Kulit Belakang).
Selepas berkhidmat dengan DBP, Hassan Ahmad pernah dilantik sebagai Duta Malaysia di Unesco bertempat di Paris, semasa di sini beliau telah mengemukakan tesis kajiannya di Universiti di Sorbone dan diangerahkan dengan Dr. Falsafah. Sepulangnya dari Paris beliau memimpin Yayasan Karyawan yang dananya diperuntukkan oleh Kerajaan. Tugasnya ialah menjadi badan yang menerbitkan karya-karya agung yang diselenggarakan oleh ilmuan-ilmuan dan tokoh-tokoh akademik terkenal. Banyak buku bermutu diterbitkan oleh Yayasan Karyawan.
Walau apa pun kehidupan dan perjuangannya tidak terlepas dari kecintaannya terhadap bahasa, budaya dan sastera tanahair, lantaran itu apabila timbulnya isu PPSMI (Pendidikan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris) atas kehendak Mahathir dan bercanggah dengan polisi bahasa dan pendidikan Kebangsaan, beliau mengepalai pennetangan dalam masa yang panjang. Apabila isu ini tidak dapat diselesaikan beliau dan Jawatankuasa Bertindak menganjurkan Himpunan 100,000 orang berarak ke Istana Negara pada Sabtu 7 Mac 2009 menyampaikan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agung agar menghapuskan PPSMI. Antara mereka ditahan pihak Polis (8 orang), tetapi memorandum berjaya disampaikan. Inilah tugas besar yang dipikul oleh Dato` Hassan Ahmad di dalam perjuangannya menegakkan bahasa, sastera dan budaya tanahair. Perjuangannya berjaya apabila PPSMI ditarik balik pada 8 Julai 2009 dan PPSMI akan dimansuh sepenuhnya pada 2012.
Tetapi penarikan semata-mata tidak menjamin mutu pengajian Sains dan Matemetik dan lain-lain matapelajaran yang diajarkan dalam bahasa Melayu berkualiti tanpa usaha meningkatkan mutu bahasa dan keilmuan di dalam bahasa Melayu, tanpa mengabaikan kepentigan bahasa-bahasa dunia yang penting sebagai jendela ilmu. Siapakah yang akan meneruskan perjuangan ini ?
Sekian.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh beliau d makam yang tetinggi...amin
ReplyDeleteSalam, semua pemimpin dan mat Melayu hendalah meneruskan perjuangan terebut sehinga berjaya seperti keagungan zaman ksultaan Melayu Melaka dahulu...amin
ReplyDelete