November 10, 2011

Belanjawan 2012 Selangor Darul Ehsan, Prestasinya Makin Meningkat

Shah Alam, 13 Zulkaedah = 09 November (Rabu):

Dewan Negeri Selangor mengadakan Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat bagi Kali Ke 12 Tahun 2011 hari ini. Dato` Menteri Besar, Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor membentangkan Anggaran Belanjawan bagi tahun 2012, iaitu sebanyak RM1,600,000,000 yang merupakan :

Hasil Cukai RM574,674,000.00

Hasil Bukan Cukai RM654,603,740.00

Terimaan Bukan Hasil RM370,722,260.00

Daripada jumlah RM1,600,000,000 akan diagihkan perbelanjaan kepada

Bekalan Dan Tanggungan berjumlah RM1,000,000,000

Manakala Peruntukan Pembangunan RM 600,000,000

Butir-butir Pecahan Peruntukan Pembangunan adalah seperti berikut:

MAKSUD

TAJUK

AMAUN (RM)

P.01

Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan

225,000,000

P.04

Perbendaharaan Negeri

4,847,000

P.05

Perbendaharaan Negeri (Pembangunan Komputer)

4,000,000

P.08

Jabatan Pertanian

15,000,000

P.10

Jabatan Perhutanan

5,500,000

P.12

Jabatan Kerjaraya

153,100,000

P.13

Jabatan Pengairan Dan Saliran

65,000,000

P.14

Jabatan Agama Islam

106,000.000

P.16

Jabatan Perancang Bandar Dan Desa

2,500,000

P.17

Jabatan Perkhidmatan Veteriner

6.553,000

P.27

Jabatan Kehakiman Syariah

16,000,000

JUMLAH

600,000,000


Peruntukan Perbelanjaan pada tahun 2012 adalah meningkat berbanding dengan tahun 2011 adalah sebanyak RM1,430,000,000. Simpanan tunai Selangor mencecah RM1,212 juta ringgit suatu jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Daripada jumlah ini RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair dan selebihnya dalam bentuk simpanan Amanah. Sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada berbagai jenis program yang dikategorikan dibawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menurut YAB Dato` Menteri Besar Audit Negara memuji perjalanan kewangan negeri Selangor, berbanding dengan kerajaan Persekutuan yang 30% adalah berlaku ketirisan, Kerajaan Persekutuan menggelabah dengan perjalanan kewangan dan lambat mnengemukan Audit selama 17 hari selepas Sidang Parlimen. Antaranya dikatakan kehilangan wang Luar Jangka sebanyak RM1.4 bilion yang tak dapat dikesan. Kes Feedlot Shahrizat yang 22 kali lebih tinggi dari kendalian Kementerian Pertanian. Kosnya RM250 juta ringgit dan gagal mengurus ladang memelihara 8,000 ternakan. Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 deficit untuk tahun ke 14. Bahkan hutang Negara makin meningkat ke angka RM437 bilion, iaitu RM421 bilion hutang tempatan dan RM16 bilion hutang luar Negara. Menurutnya Kerajaan Persekutuan tidak langsung mengambil iktibar tentang teguran Audit tentang perjalanan kewangan 2009. Sebab itu masalah tidak licin dalam pengurusan kewangan berterusan hingga 2011.

Bagi negeri Selangor menurut YAB Dato` Menteri Besar, ``Belanjawan 2012 adalah berdasarkan 4 strategi utama.

  1. Meningkatkan kecekapan pentadbiran
  2. Meningkatkan kualiti asas kehidupan keluarga dan masyarakat
  3. Melestari pembangunan, dan
  4. Mendorong masyarakat berilmu, berakhlak mulia dan hidup sihat

Dengan prestasi ekonomi negeri Selangor makin baik dan peruntukan makin meningkat, Selangor muncul semakin selesa. Jika pilihanraya diadakan dalam masa terdekat, maka Selangor mampu menghadapinya dengan penuh keyakinan, sedangkan kerajaan Persekutuan akan masuk di dalam keadaan tempang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment