Jom Shopping yang mula dilaksanakan di Dun Bangi pada 18 Ogos 2011 dan tiga siri berikutnya sehingga 2 hb November 2011 melibatkan 600 orang warga emas dijemput menyertai Jom Shopping ke Econsave di Jalan Reko, Bangi (tarikh yang lain ialah 17/9, 16/10). Daripada 600 orang dipanggil, 490 daripada menerima jemputan, tetapi 29 daripada mereka tidak dapat hadir kerana uzur seperti sakit dan tidak dapat berjalan.
Kepada yang uzur ini, kami menziarah mereka bertanya khabar dan menyampaikan barangan asas yang dibeli dari Econsave sepadan dengan jumlah RM100. Barang-barang ini seperti beras, gula, susu, tepung gandum, minyak masak, barang-barang dalam tin, bahan-bahan minuman dan sebagainya. Kami turun menziarah mereka berdasarkan kelawasan masa dan memerlukan beberapa hari keluar. Apa yang menarik dengan cara ini kami dapat memahami keadaan dan menemui warga emas secara langsung. Menariknya dari keseluruhan ziarah 29 orang kami menemui 4 beranak dari sekeluarga kesemuanya berkesempatan menjadi warga emas bertempat di Sungai Ramal Luar. Mereka adalah dari 285 orang warga emas yang mendaftar di Sungai Ramal Luar.
Kerana tertarik dengan penemuan ini Adun Bangi mencadangkan diadakan Majlis Khas bagi meraikan warga emas empat beranak ini di rumah mereka di Sungai Ramal Luar. Majlis diadakan pada pagi ini dihadiri oleh Adun bersama isteri, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Nik Pa bin Nik Leh Nazir Masjid Tuan Haji Mat Saman, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan Adun Bangi, Tuan Haji Fathi, Timbalan Nazir yang juga selaku Imam Masjid Haji Mat Saman dan tamu-tamu jemputan yang lain dan keluarga yang dirai berjumlah 30 orang.
Keluarga yang diraikan ialah:
1) Puan Fatimah binti Sinong (92) - Ibu
2) Puan Asmah binti Marzuki (68) - Anak
3) Encik Nazam bin Marzuki (63) - Anak
4) En, Mohd Rusli bin Mohd (63) - Sepupu kepada dua-dua anak atau anak saudara Puan Fatimah.
Keluarga Puan Fatimah hanya dapat mengingati nama ibu Puan Fatimah iaitu Puan Tini dan datuk perempuan bernama Ngatirah (Ibu Puan Tini).
Majlis ringkas bermula dengan doa selamat dibacakan oleh Tuan Haji Fathi dikuti ucapan ringkas dari Tuan Haji Mohd Yusof yang merasa gembira warga-warga emas satu keluarga terpilih dari Sungai Ramal Luar. Beliau berterima kasih atas inisiatif YB mengadakan Majlis Warga Emas di sini buat pertama kali secara satu keluarga. Beliau menyatakan Adun begitu prihatin dan sering turun ke Sungai Ramal Luar. Apa yang dipohon oleh penduduk, selalunya tidak dihampakan.
Adun Bangi berucap, bahawa program dibuat semata-mata inisiatif Adun bersama Lajnah Kebajikan, bukan dari arahan mana-mana pihak. Tujuan tidak lain dari bersyukur kepada Allah di atas rahmatNya terutama terhadap keluarga berempat beranak itu. Adun bergurau mungkin ada fatwa dan amalan makanan tertentu menjadikan keluarga warga emas empat beranak terus sihat. Adun menyebut Sungai Ramal bukan saja mempunyai keluarga warga emas, tetapi dari kawasan Sungai Ramal Luar yang ramai mendapat tawaran Jom Shopping. Ini ialah kerana inisiatif Ketua kampong yang berusaha mendaftar seramai warga emas yang dapat. Buat tahun ini sudah dijalankan 4 siri jemputan. Mungkin sekali lagi sebelum berakhir tahun. Adun mengucapkan selamat kepada semua, terutama Warga Emas sekeluarga. En. Nazam yang mewakili keluarganya mengucap terima kasih kerana menjadikan rumah di sini tempat menjalankan majlis. Dan terima kasih di atas keraian dan kesudian Adun dan para tetamu yang datang.
Puan Asmah mempunyai 5 anak dan 17 cucu,
Encik Nazam pula mempunyai 3 anak dan 3 cucu
Manakala En. Mohd Rusli tidak berkeluarga.
Selepas itu penyampaian cenderahati dilakukan Adun kepada empat-empat beranak warga emas jamuan makan tengahari diadakan dan majlis bersurai.
Wallahu a`lam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment