Adun tiba ke dataran Surau Al-Kauthar jam 8.30 pagi ketika lebih kurang 30 orang lelaki sedang bersenam robik, manakala kalangan muslimat yang bersenam di ruang atas belakang surau baru menamatkan senaman. Adun turut masuk sama disaf kedua sebelah kanan dan turut bersenam. Lama juga turut bersenam hingga rasa bimbang Adun kiranya berpeluh dengan pakaian biasa dan bervest, kerana Adun perlu menghadiri 4 lagi program hingga tengahari ini. Jangkaan Adun ianya karnival biasa dianjur oleh Surau adalah tak tepat, kerana bila program perasmian bermula, barulah Adun faham, bahawa program yang diadakan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Kesihatan Hulu Langat dengan kerjasama Surau Al-Kauthar dan ini adalah siri kedua dari program yang telah diadakan juga di sini pada tahun lepas. Projek ini adalah bertujuan mencegah penyakit tidak berjangkit dari merebak. Maksud penyakit tidak berjangkit ini ialah `Penyakit Orang Senang` seperti darah tinggi, kolestrol dan obesisi (kegemukan). Surau ini dipilih kerana mempunyai jamaah tetap, bukan orang luar yang berubah kehadiran dan mereka secara sukarela menyertai. Peserta-peserta dari surau ini dari segi luarnya nampaknya sihat, tetapi dibimbangi mengalamai obesisi, kolestrol dan darah tinggi.
Hadir sama ke majlis pada pagi ini ialah Tuan Haji Nazri Daud Pengerusi Surau Al-Kauthar, Dr. Nazma bt. Salleh yang mewakili Jabatan Kesihatan Hulu Langat, Haji Zulkifli dan Ustaz Ismail Hashim yang kedua-dua adalah AJK surau. Tuan Haji Nazri mengalu-ngalukan kepada semua yang hadir bagi memeriahkan karnival. Beliau mengucapkan terima kasih khas kepada Jabatan Kesihatan Daerah yang sekali lagi memilih Surau Al-Kauthar bagi mengadakan karnival. Beliau mengharap penduduk setempat mengambil bahagian dengan program-program yang diatur.
Dr. Nazma dari Jabatan Kesihatan Kajang memaklumkan bahawa, karnival ini adalah satu pilot projek dijalankan di Surau Al-Kauthar. Tawaran menyertai projek adalah seramai 126 orang, 56 daripada mereka bersetuju menyertai projek dan hanya 37 orang benar-benar mengikuti Projek Kesihatan Jabatan. Dr. Nasma menyatakan sejak tahun lepas Jabatan membekalkan 10 buah basikal bagi mereka yang menyertai projek dan mereka mengayuh basikal bukan saja di Bangi, tetapi pada hari-hari minggu pasukan berbasikal berkonvoi hingga ke Putera Jaya. Dari kajian terhadap mereka yang menyertai projek dan mengamalkan diet menurut nasihat Jabatan Kesihatan menurut Dr Nazma, maka didapati masalah obesisi di kalangan peserta mnurun, begitu juga dengan kolestrol dan darah tinggi.
Adun Bangi yang diminta merasmikan karnival menyatakan bahawa negeri kita Selangor adalah Negeri Maju dan rakyat hidup agak senang, tetapi masalahnya, disamping sebahagian rakyat mengalami sakit kronik biasa, sebahagian rakyat mengalami penyakit tidak berjangkit atau penyakit orang senang. Secara bergurau Adun menyebut, ``Pemilihan Surau Al-Kauthar sebagai Pilot Projek Membasmi Penyakit Tidak Berjangkit adalah tepat, secara bergurau lagi Adun berkata, ``Saya mendapat maklum dan sekali sekala memang datang ke Surau ini memang ada jamuan mingguan yang melibatkan hidangan dengan kambing dan lembu ! Tapi jika tamu istimewa dijemput mengajar atau sambutan khusus, maka jamuan berlauk ikan patin disediakan.`` Secara bergurau lagi Adun menambah, ``Inilah menyebabkan Adun jika dijemput dan tau ada lauk ikan patin, Adun tidak miss datang, AJK surau ini ada yang mempunyai hubungan langsung dengan pengusaha ikan patin di Temerloh, boleh order banyak mana yang dikehendaki untuk jamuan di Surau Al-Kauthar ini.`` Semasa Adun bercakap berkenaan masakan ikan patin ini, Ustaz Ismail Hashim yang mempengerusikan majlis dan barangkali dialah yang bertanggungjawab mengimport ikan patin dari Temerloh ke Surau Al-Kauthar, mencelah bertanya, ``Dr. Nazma, tempoyak bagi masakan ikan patin boleh menyebabkan kolestrol ke Dr. ?``
Dr. Nasma secara spontan menjawab, ``Ya, tak boleh makan banyak-banyak !`` Diikuti ketawa berderai ramai-ramai. (10 kilo masakan ikan patin kena guna 2 kilo tempoyak !)
``Itulah yang merisaukan kami,`` jawab Ustaz Ismail dengan rasa kesal. Turut sama Adun merasa kesal.`` Tapi Adun menambah,
``Tapi Ustaz Ismail, jangan rasa kesal, kita amalkan makan dan kegiatan seimbang !``
Makan ikan patin kita teruskan, begitu juga dengan masakan kambing dan lembu, tetapi senam robek dan berkayuh basikal hendaklah lebih kerap dilakukan !`` Adun menambah,
``Dr. Nazma, barangkali boleh difikirkan untuk menambah unit basikal untuk diperuntukkan kepada ahli jamaah Surau Al-Kauthar untuk lebih ramai exercise !`` - cadangan disetujui.
Tambah Adun, ``Berhubung dengan permohonan Ustaz Ismail untuk mendapat peruntukan membuat pentas bagin instructor mengendalikan senam robik secara mingguan, demi untuk membasmikan penyakit tidak berjangkit dari merebak, maka Adun sedia mempertimbangkannya, barangkali tidaklah mahal sangat. Buatlah permohonan !`` Disambut dengan tepukan hadirin.
Berikutnya Adun pergi kepada yang lebih serius dengan berharap para hadirin menjaga kesihatan, kerana kesihatan adalah nikmat Allah yang paling mahal yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kita menyedari betapa nikmat dan mahalnya harga kesihatan apabila sakit. Walau macam mana para hadirin sekalian pada hari ini kita bukan saja diberi penerangan tentang kesihatan secara cakap sahaja, tetapi disediakan peluang untuk memeriksa kesihatan percuma, cek darah, kolestrol, ada gerai memberi penerangan makanan seimbang dan jualan-jualan yang berhubung dengan perubatan. Kata Adun, ``Saya juga berhasrat hendak memeriksa kesihatan, tetapi tidak berkesempatan, kerana mempunyai program di tempat lain.`` Seterusnya kata Adun, Kita mengucap terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Hulu Langat dan Surau Al-Kauthar kerana menganjurkan Karnival Keluarga Sejahtera. Kita berharap semua kita mengambil manfaat daripadanya dan mengharapkan anjuran seumpama ini akan diterusakan, maka dengan lafaz
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Saya merasmikan Karnival Keluarga Sejahtera. Semoga Allah memberi Hidayah dan Kesejahteraan bagi kita semua – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment