Jom Shopping Siri Keempat Dun Bangi terpaksa dibuat dua kali. Jemputan bagi siri 4 ini dibuat kepada seramai 100 peserta. Jemputan fokus kepada Sungai Ramal Dalam dan Kampong Bahagia, Pekan Bangi. Pertama diadakan pada 01 November 2011 (Selasa). Peserta sebagaimana biasa datang pagi-pagi ke Pejabat Adun mendaftar dan menerima taklimat cara shopping dan dibawa ke Econsave, Jalan Reko, Bangi. Walau bagaimana sambil peserta yang datang bershopping ada lagi yang baru datang dan mendaftar di sini dan bershopping. Pada tiga siri yang lepas Jom Shopping dibuat pada hari minggu sama ada pada hari Sabtu atau Ahad. Didapati pada kedua-dua hari ini ramai dengan pembeli-pembeli yang datang membeli menyebabkan tempat menjadi sesak dan ada yang tidak mendapat troli – tidak cukup dan terpaksa menunggu bagi mendapat troli. Sebab itu pihak pasaraya mencadangkan dibuat program Jom Shopping pada hari bekerja. Sebab itu Jom Shopping ini ditukar buat pertama kali pada hari bekerja – Hari Selasa.
Walau bagaimana dari tujuan untuk mengelak dari kesesakan, menimbulkan implikasi yang lain. Pada hari kerja, anak-anak atau kenalan yang biasa membantu Warga Emas untuk dihantar ke pejabat dan ke Pasaraya Econsave juga bekerja dan tak dapat hantar Warga Emas. Implikasi kedua pembantu-pembantu yang membantu AJK dari Pejabat Adun Bangi juga tidak ramai yang dapat datang membantu kerja sukarela, kerana mereka juga bekerja. Sebagai kesannya pada hari Selasa ini warga Emas yang dapat datang hanya seramai 54 orang sahaja. Kita difahamkan juga kekurangan ini disebabkan maklumat tidak sampai kepada sebahagian Warga Emas, terutama di Sungai Ramal Dalam Walaupun jumlah yang datang kurang, tetapi masa yang digunakan seperti biasa iaitu dari waktu pagi jam 8.30 mendaftar hingga siap membeli ke jam 1.00 tengahari.
Oleh kerana kehadiran hari Selasa tidak memuaskan (54 orang), tetapi pihak Pejabat kalau boleh mahu Jom Shopping siri 4 ini dapat disempurnakan sebelum Idul Adhha bagi memuaskan hati Warga Emas, maka pada Rabu 2 November, tenaga-tenaga kerja di Pejabat Adun membuat hubungan segera kepada Warga-Warga Emas yang tersenarai bagi siri ke 4 ini dan belum datang, menawarkan kepada mereka untuk datang pada Khamis (3 November) ini. Sebahagian besar daripada mereka dapat dihubungi, iaitu berjumlah 30 orang. Namun didapati 9 orang daripada Sungai Ramal Dalam uzur, manakala 7 tak dapat dihubungi, maka bagi mengisi qoata 100 orang, maka dijemput peserta Warga Emas dari West Country, tempat yang paling dekat dan mudah bagi Warga-Warga Emas tersebut datang terus ke pasaraya. Proses Jom Shopping berjalan lancar seperti biasa, mulai dari pagi mereka datang mendaftar di Pejabat Adun dan dengan kenderaan sendiri – tanpa disediakan bas dan mereka terus ke Pasaraya Econsave.
Walau macam mana daripada 100 orang yang dijemput itu, sebagaimana disebut terdapat 9 orang Warga Emas yang uzur. Sebagaimana biasa, bagi mereka pihak AJK dari Pejabat Adun membeli barang-barang asas standard seperti beras, gula, susu, mee, sardine, minyak masak, barang dalam tin dan bahan-bahan makanan dan minuman lain sejumlah RM100/=. Mereka atau waris dijemput datang mengambil barang-barang berkenaan di Pejabat Adun, sebaik-baiknya sebelum Hari Raya Idul Adhha bagi kegunaan Warga Emas menyambut Hariraya. Namun jika tidak ada yang datang mengambilnya, maka Adun dan pembantu-pembantu akan turun ke rumah-rumah Warga-Warga Emas yang uzur berkenaan menziarah dan bagi menyampaikan barangan berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment