Sebelum tahun 2011 menggugurkan helaian kalendar terakhirnya, Ketuan Kampong Teras Jernang Encik Shukor Jantan bersama anak buah JKKnya mengisi slot terakhir bagi kegiatan tahun 2011 dengan program kebajikan bertempat di Balairaya Kampung Teras Jernang. Hadir bersama ialah Haji Mat Zin bin Abdul Hamid Imam Satu Masjid As-Salihin, Prof.Dr. Mohd Ali Baharom Pengerusi Angkasa yang tinggal di sini, Ustaz Salah AJK Masjid, Ibu bapa warga Emas yang diraikan dan pelajar-pelajar cemerlang yang diberi galakan. Satu keistimewaan JKKK Teras Jernang yang mengadakan Hari Keraian sedemikian setiap tahun bahawa atas inisiatif JKKK mereka berusaha mendapat sumbangan-sumbangan bagi mengadakan hari berkenaan, tanpa mengharapkan sumbangan daripada Adun. Demikianlah keadaannya pada hari ini.
Dalam ucapannya Ketua Kampung Encik Shukor Jantan memaklumkan bahawa dari peruntukan Adun beberapa projek dapat diadakan di Teras Jernang seperti memperbaiki perparitan dan menurap jalan. JKK juga mengambil inisiatif menolong fakir miskin seperti sempena Hariraya Idul Fitri, menziarah mereka yang mengalami sakit kronik, membantu keluarga yang mengalami kematian mereka yang tersayang, membantu pelajar miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim.
Adun Bangi dalam ucapannya mengucap syabas kepada JKKK yang setiap tahun dapat mengadakan Majlis Prehatin terhadap para pelajar cemerlang dan warga Emas dan mereka yang uzur dan miskin. Adun juga mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan mendapat pengiktirafan dari pemimpin setempat. Adun sendiri memang setiap tahun mengadakan Majlis Insentif kepada pelajar-pelajar, tetapi oleh kerana kawasan Dun luas dan ramai pelajar yang lulus cemerlang, maka pemberian pengiktirafan agak tinggi dari segi penilaian, maka kita menyokong pada peringkat kampong mengadakan hadiah, agar mereka yang tidak sampai taraf pada peringkat Dun menerima pengiktirafan pada peringkat kampong. Walau macam mana Adun brharap ada di kalangan pelajar-pelajar berjaya pada peringkat Kg. Teras Jernang berjaya menerima pengiktirafan pada peringkat Dun. Sesungguhnya pengiktirafan banyak lagi diberi kepada pelajar cemerlang pada peringkat negeri, kawasan dan Dun, diharap pelajar di Teras Jernang dapat mencapai tahap yang lebih tinggi sedemikian.. Adun juga mengucap tahniah kepada warga-warga emas, mereka yang miskin dan uzur menerima bantuan dari pihak Ketua Kampong/JKK. Diharap sumbangan sedemikian sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh warga emas, mereka yang uzur dan miskin serta anak-anak yatim.Bagi pelajar-pelajar cemerlang diharap insentif yang diberi kepada mereka lebih mendorong mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Insentif yang diberi kepada pelajar ialah bagi kategori UPSR hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 3A dan bagi PMR sekurang-kurangnya mencapai 6A. Di dalam hal ini. Seramai 5 orang daripada mereka berkelayakan menerima hadiah. Selain daripada itu seramai 19 orang pelajar masuk belajar di Tahfiz ABIM di bawah tajaan kaum ibu – antara penajanya Ustazah Aminah.
Sementara itu kalangan remaja juga ditaja mengikuti kursus di Kolej Komuniti dalam bidang Service Air-cond. Dan sebahagian memngikuti kursus bahasa Arab. Dengan keprehatinan yang diberi oleh JKKK Teras Jernang, diharap menjadikan masyarakat di Teras Jernang prehatin dan berkebajikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment