January 7, 2012

Kebahagiaan Adalah Pertemuan Dengan Kalian

Meskipun di hujung lembayung senja
Sekadar lebih sejam pertemuan cuma
Suduh cukup bagi kita melimpahkan mesra
Dari hati ke wajah menguntum ceria.

Kunjungan bersama pengiring-pengiring setia
Disambut mesra Ketua Kampong & Jawatankuasa
Turut sama bersalam mereka terserempak pertemuan
Bertanya khabar juga tentang kesihatan diri
Bersahaja terpancar keikhlasan hati.

Kami datang mengagih kalendar
Dengan mesej pentingnya masa
Perlu dijaga dimanfaat semua
Juga membawa bahan berita
Perlu diikuti perkembangan semasa .


Di persimpangan tiga penjuru
Penjual durian, manggis & tauhu
Bertali arus pengunjung bertemu
Di sini kami berdiri kiri kanan
Mengucap kepada pengunjung salam
Serta mesra selamat datang
Mengunjuk kalendar bahan bacaan
Majoriti menyambut mesra pemberian
Senyum terima kasih puji galakan
Setengah terang-terang melahirkan sokongan
Yang lain mengangkat tangan dikejauhan
Demikianlah tiada batas rupa bangsa
Terpancar mesra dari wajah mereka semua
Dengan masa terhad kami ambil kesempatan
Menziarah sekejap kematian sampaikan sumbangan.


Pulang kami dari sekejap ziarah
Kembali ke pasar untuk berpisah
Tiba kami dipelawa Jawatankuasa
Menjamu durian bersama sate Kajang
Jika tidak kerana kekangan masa
Oleh maghrib hampir tiba
Tentu lama lagi kita bersimbang
Sambil mesra makan-makan
Lantas kami memohon diri
Dengan bekalan buah durian
Bagi kami tiada balasan.


Meskipun cuma hanya lebih sejam
bersama masyarakat Pekan Bangi
di Pasar Malam kami berkesempatan
merangkum kalian ke dada kasih sayang
sesungguhnya bahagia adalah pertemuan
bertentang muka bersalam-salam
buah tangan sekadar alat
menambah mesra pertemuan.


Shafie Abu Bakar,
Pasar Malam, Pekan Bangi.
11 Safar 1433
05 Januari 2012.

No comments:

Post a Comment