January 22, 2012

Pesta Ponggal Peringkat DUN Bangi Di Kajang Utama

Kajang Utama, 27 Safar 1433 = 21 Januari 2012 (Sabtu):

Hari ini pihak Adun Bangi mengadakan Pesta Ponggal peringkat Dun bertempat di Padang Awam, berdekatan dengan Rukun Tetangga di sini mulai jam 2-00 petang ini. Sambutan mendapat kerjasama pihak Rukun Tetangga dan penduduk setempat di sini. Adun Bangi yang hadir jam 2.30 di sini disambut oleh saudara Abu Bakar Penyelaras Sambutan, Encik Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga, En. Ruzaini Ketua Platoon, Rela, En Halim Timbalan Ketua Platoon, Encik Gunasegaran Pengerusi Dewan Himpunan Kawasan, En, Sim Ketua Kelab Penyokong Kawasan. Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj turut hadir pada akhir Pesta juga saudara Elex juga hadir kemudian mewakili YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang.

Dalam Majlis Perasmian, En. Ibrahim menyebut bahawa Sambutan Pesta Ponggol di Kajang Utama ini adalah merupakan kali kedua sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Beliau berterima kasih kepada Adun, tanpa peruntukan dari Adun, maka sambutan tidak dapat diadakan. Pesta kali ini disertai berbagai kaum terutama India, Melayu dan juga dari kalangan orang Cina. Dengan ini katanya, ``Kita dapat mengeratkan hubungan antara kaum di sini. Encik Gunasegaran berucap berterima kasih kerana Pesta Ponggal diadakan di Kajang Utama. Menurutnya,``Kami berusaha menjayakan sambutan sebaik mungkin,`` Menurutnya, ``Kita perlu terus memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.``

Adun Bangi dalam ucapan perasmian berterima kasih kepada Jawatankuasa Sambutan yang diketuai oleh saudara Abu Bakar dengan mendapat kerjasama dari Rukun Tetangga dan Rela di sini. Ponggal pesta rakyat dari kalangan petani yang bersyukur kerana mendapat hasil menuai dan susu dari ternakan. Ini dimasak di dalam periuk bagi menikmatinya bersama. Simbolik dari Pesta Ponggal ini, kita juga patut bersyukur kepada Tuhan, kerana Negeri Selangor berjaya menghasilkan pendapatan yang mewah dan dapat menyarakan hidup rakyat. Kerajaan negeri amat prihatim terhadap rakyat dan anak-anak negeri Selangor dengan berbagai skim diadakan yang dapat dinikmati rakyat. Adun datang pada hari ini bukan saja menyediakan peruntukan bagi sambutan Ponggal pada hari ini, tetapi juga kita dapat maklumat, ramai dari anak-anak Sekolah di sini yang tak dapat membayar yuran PIBG. Pada hari ini Adun memperuntukkan kewangan sebanyak RM1,500 bagi membayar yuran PIBG bagi 50 orang murid x RM30. Apa yang Adun harapkan dari insentif yang diberi ini menggalakkan anak-anak belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa juga seharusnya sama memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak. Baru baru ini sebelum buka Sekolah Adun juga menyediakan peruntukan bagi program `Back to School`kepada lebih kurang 100 pelajar miskin yang melibatkan peruntukan RM14,000. Kita menjangka sebahagian daripada mereka adalah pelajar-pelajar dari Kajang Utama. Kita juga banyak menganjurkan program sukan yang diharap pelajar-pelajar dari sini mengambil bahagian,

Sempena mengadakan Pesta Ponggal ini berbagai-bagai aktiviti diadakan, iaitu

a) Acara Lumba Liring Basikal

b) Acara Sambut Bola

c) Acra Rebut Kerusi

d) Acara Lari Memecah Belon

e) Tarik Bola Dengan Gelong

f) Sukan anak-anak Tadika

g) Menganyam DaunKelapa

h) Cabutan no bertuah

i) Pertandingan Memasak Ponggal

j) Puncaknya – Peraduan Memecah Periuk Tanah (Takar)

Selepas Majlis Perasmian Adun diiringi saudara Abu Bakar, En. Ibrahim Martibi, En. Ruzaini dan lain-lain melawat ke bahagian Pertandingan Memasak Ponggal di bawah lindungan bayang pokok. Peserta-peserta lebih kurang 20 orang. Adun turut mengacau Ponggal yang sedang dimasak, menyaksikan pertandingan-pertandingan sukan.

Kemudian mencabut no-no. bertuah dan menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan.

Acara terakhir ialah menyaksikan Pertandingan memecah Takar (periuk tanah). Tiga orang berjaya memecahkan periuk Tanah yang Adun sampaikan hadiah, ialah:

  1. En. Surey
  2. En. Washini
  3. Puan Sukati

Sebelum sedikit majlis berakhir, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj tiba, beliau diberi penghormatan mencabut no. bertuah bagi pusingan terakhir dan menyampaikan hadiah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment