January 23, 2012

Rasmi Gotong Royong Perdana Kafa Integrasi Mambaeil Uloom (KIMU), Cheras Jaya

Taman Cheras Jaya, 28 Safar 1433 = 22 Januari 2012 (Ahad):

Jam 8.30 pagi Adun bersama saudara Azizi (sudah mulai sembuh dari pembedahan lutut dan mulai memandu) tiba di pekarangan Sekolah KIMU di atas bagi melancarkan gotong royong Perdana Sekolah di atas. Menyambut kehadiran Adun yang juga atas kapasiti Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam ialah En. Mat Zin b. Hussain Pengerusi Lembaga Jamaah Pengurusan dan Guru-Guru KIMU, Tuan Haji Azman Idris Nazir Masjid Cheras Jaya, Tuan Haji Asana bin Ali Timbalan Pengerusi Lembaga, Tuan Haji Nasir bin Mat Nor Imam Masjid, Ustaz Ibrahim b. Ab. Rahman Ketua Guru, En. Mohd. Zakaria bin Ghazali Pengarah Program dan Ahli-ahli Jawatankuasa.

Majlis Perasmian bermula dengan pembacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jamaah Pengurusan KIMU En. Mat Zin bin Hussain terhadap kehadiran Adun dan semua yang hadir. Beliau memaklumkan Program Gotong Royong adalah anjuran Lembaga Jamaah Jamaah Pengurusan dan Guru-Guru. Fokus utama gotong royong hari ini ialah mengecat bangunan-bangunan Sekolah, di samping menyimpan dan membersih kawasan. Beliau juga memaklumkan Sekolah KIMU yang didirikan sejak 15 tahun yang lepas adalah atas tapak Sekolah dan Masjid

Manbaeil Uloom yang lama. Setelah Masjid baru siap tidak berapa jauh dari tapak lama, maka kawasan tapak masjid lama ini berada di bawah tadbiran Sekolah. Baik pembaikan dan penaikan taraf perlukan peruntukan, penyusunan dan juga pembinaan baru. En. Mat Zin menyebut satu masalah yang dihadapi oleh AJK, ialah wujudnya bangunan UMNO betul-betul di tengah

bangunan persekolahan. Mereka enggan untuk mengosong dan berpindah dari kawasan persekolahan.

Adun Bangi dalam ucapannya mengucap terima kasih di atas jemputan yang dibuat dan sukacita dapat bersama dengan Ahli Lembaga dan Guru-Guru dan peserta-peserta gotong royong yang berjumlah lebihkurang 70 orang dan mendapat kerjasama dari pihak MPKj. Usaha ini insya Allah akan mencantikkan kembali banguna-bangunan yang telah lusuh. Dengan mengecat baru memberi suasana keceriaan terhadap anak-anak kita yang belajar di sini yang Adun difahamkan berjumlah 250 orang, bahkan memberi keceriaan kepada guru-guru yang mengajar di sini yang berjumlah 20 orang, Kerajaan negeri memberi perhatian terhadap pelajaran agama anak-anak dengan wujudnya beratus buah KAFA, KAFAI, SERA, SERAI dan Sekolah-sekolah yang lain, namun Sekolah agama tidak kecukupan baik pada peringkat KAFA, KAFAI, SRA, SRAI dan

lebih-lebih lagi pada peringkat menengah. Kita menggalakkan pihak-pihak swasta yang mau mendirikan Sekolah-sekolah berkenaan bagi menampung kekurangan tempat. Kita menyediakan bantuan terutama Sekolah Sekolah rakyat setiap tahun sebanyak RM6 juta ringgit. Selepas perasmian Adun menyampaikan sedikit peruntukan untuk gotong- royong cek seharga RM500/=. Kemudian Adun memulai mengecat bangunan diikuti orang ramai termasuk guru-guru turut mengecat. Berikutnya Adun dibawa oleh En. Mat Zin, Tuan Haji Azman dan Tuan Haji Asana serta beberapa yang lain melawat kawasan Sekolah yang luas lebih dari seekar itu.

Dari apa yang diterangkan, sememangnyalah bangunan-bangunan agak uzur dan perlu diperbaiki. Melihat kepada bangunan masjid yang seolah-olah ditinggalkan, sebenarnya Sekolah tidak kekurangan tempat. Bangunan masjid lama boleh digunakan bagi praktikal dari segi solat, ibadat dan kegiatan-kegiatan yang lain. Tapi dari apa yang dilihat Masjid lama ini betul-betul terabai. Ianya boleh diperbaiki dan dibersih dan digunakan. Sebenarnya masjid boleh dijadikan centre bagi kegiatan keagamaan, bahkan dijadikan sebagai kelas tahfiz bagi Sekolah. Adun menyebutkan Sekolah yang tidak mempunyai surau/masjid berusaha untuk mendapatkan surau/masjid sebagai pusat pendidikan agama. Sebagai contohnya Sekolah Al-Amin di Sungai Tangkas, Bangi berusaha mendapat dana berjumlah setengah juta mendirikan surau yang dijadikan sebagai centre pengajian agama dan pusat tahfiz, sebab itu Adun berharap dengan adanya bekas masjid di sini ianya patut dibaikpulih dan dijadikan pusat tahfiz dan kegiatan agama. Adapun bangunan-bangunan yang tidak penting yang juga tidak dapat dimanfaatkan bagi kepentingan Sekolah bolehlah diruntuh dan dihapuskan bagi memberi kelawasan ruang yang agak rapat-rapat dengan bangunan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment